Saturday, June 26, 2010

GiatMara bantu Program Bantuan Rumah (PBR)

BALIK PULAU 25 Jun - Sebanyak sembilan buah rumah milik rakyat termiskin di kawasan Parlimen Balik Pulau berjaya dibaiki dan dinaik taraf oleh GiatMara di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, kerja-kerja tersebut melibatkan kos kira-kira RM90,000 yang diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menurutnya, menerusi program berkenaan, kehidupan golongan terbabit yang dulunya begitu daif kini berubah menjadi lebih baik.

"Alhamdulillah, dengan bantuan Kerajaan Pusat, GiatMara berjaya membaiki sebanyak sembilan rumah dengan anggaran kos RM10,000 bagi setiap buah.

"Bantuan sebegini sekurang-kurangnya dapat mengubah kehidupan daif golongan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dua buah rumah di Kampung Titi Teras dan Kampung Pulau Betong yang terlibat dalam program berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Pengurus GiatMara Balik Pulau, Ismandi Ahmad Muhammad Israf Ahmad.

Muhammad Farid memberitahu, masih terdapat rumah-rumah golongan tidak bernasib baik di kawasan tersebut yang boleh dibantu menerusi PBR.

Bagaimanapun, jelas beliau, ia tertakluk kepada peruntukan yang bakal diputuskan oleh Kerajaan Pusat pada bulan Oktober nanti.

Selain itu, tambah beliau, program tersebut juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan bumiputera yang pernah menerima latihan di GiatMara memperoleh kerja.

"Program ini juga membolehkan pelatih-pelatih GiatMara melakukan sesi praktikal berdasarkan kemahiran masing-masing," ujarnya.

DARI Utusan Malaysia - GiatMara baiki sembilan rumah daif

No comments:

Post a Comment

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds