Musim durian dah mai balik ke Balik Pulau!
Pesta Durian di Anjung Indah sedang berlangsung hingga 30 JUN 2010!
Selain daripada jualan di tepi-tepi jalan sekitar Balik Pulau dan bandar-bandar berdekatan, sebuah pesta durian juga sedang dianjurkan bermula 1hb hingga 30hb Jun 2010, di pusat pemandangan Anjung Indah yang terletak di puncak Bukit Relau di Jalan Tun Sardon.
Pusat pemandangan panorama Balik Pulau ini terletak lebih kurang empat kilometer dari pekan Kongsi di Balik Pulau, atau dari pekan Relau di Bayan Lepas. Perjalanan dari Jambatan Pulau Pinang (keluar ke arah Bayan Baru) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas mengambil masa dalam 30 minit sahaja, dan dari Terminal Feri Weld Quay, lebih kurang 45 minit.
Bas Rapid Penang bernombor #502 ada juga melalui lokasi ini sama ada dari Pekan Genting/Balik Pulau atau KOMTAR/Terminal Feri Weld Quay (melalui Air Itam) setiap 30 minit bermula seawal jam 6 pagi hingga 8:20 malam (dari Balik Pulau) atau 9:45 malam (dari KOMTAR), dengan caj tambang hanya sekitar RM2 (atau RM1 utk harga konsesi warga emas, OKU atau pelajar sekolah berpakaian seragam). Perjalanan bas mengambil masa lebih kurang 15-20 minit dari pekan Balik Pulau atau sekitar 60 minit dari KOMTAR/Terminal Feri.
Sebaik saja anda melalui jalan menaiki bukit di Jalan Tun Sardon (P14), anda akan nampak beberapa sepanduk promosi Pesta Durian ini membuatkan anda tak sabar-sabar lagi untuk tiba di puncaknya...

berapa bayaran?
ReplyDeletekelmarin petang depa buat perasmian, semua hadirin dapat belasah durian dll free, tapi hari2 biasa, kena bayar ikut harga semasa la, sebijik dlm RM5-20 kot.
ReplyDeletedikenakan bayaran ke???rasa durian balik pulau lain dr yg lain ke???
ReplyDeleteread here:
ReplyDeletehttp://www.asiaexplorers.com/malaysia/penang_durian.htm
ada durian murah x?tapi sedap2...nk join..
ReplyDeletenak murah, hujung2 bulan la kot...
ReplyDelete