En. Nasir Sobri, pemangku pengerusi KUMUDA berkata, "Kita menggalakkan para usahawan dari hampir 300 ahli KUMUDA hari ini, mahupun bakal-bakal ahli untuk turut serta dalam aktiviti ekspo berskala terbesar ini sebagai titik permulaan untuk pemasaran bersepadu warga usahawan setempat, bukan sahaja terhad kepada 10-hari perjalanan ekspo tapi berterusan secara online dan offline".
Dengan kerjasama dengan Pusat Internet Desa (PID) Balik Pulau, sebuah agensi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, KUMUDA berharap dapat menarik ratusan usahawan sedia ada serta melatih usahawan-usahawan baru untuk mengambil peluang platform Internet untuk memasarkan produk dagangan atau keluaran masing-masing ke rangkaian lebih 50,000 pengguna di seluruh negara mahupun ke luar negara.Puan Siti Huraizah Abdul Rahman, pengurus PID Balik Pulau memaklumkan, "PID akan menggunakan platform Ekspo 10-hari nanti sebagai penutup Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 yang bermula sejak 1 JUN lalu, yang mana majis penyampaian sijil dan forum PID Koridor Utara melibatkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), juga akan diadakan, selain sebagai salah satu aktiviti utama Kelab Usahawan Sosial PID."
Selain sebuah "Lobi Usahawan" yang sedang diusahakan di Ruang Niaga Seri Genting, Pekan Simpang Empat, KUMUDA akan mengumumkan pakej pemasaran bersepadu yang menyertakan khidmat pemasaran e-dagang tak lama lagi.Ekspo oleh penganjur yang sama, walaupun berskala separuh saiz daripada yang dirancangkan untuk 2-11 JULAI nanti telah diadakan sebanyak dua kali tahun lepas (3-minggu di bulan Mei & sebulan di bulan November, di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya al-Mokhtar) termasuk menyaksikan ribuan pengunjung pada malam cabutan bertuah pada 2hb Disember yang lalu dengan hadiah sebuah motosikal dimenangi oleh pengunjung remaja dari Kedah.
Lebih 50 buah khemah niaga dijangkakan akan beroperasi untuk menyambut lebih 10,000 pengunjung sepanjang tempoh sepuluh hari ekspo ini.Ekspo sebegini menghangatkan suasana pengumpulan peniaga di Balik Pulau, menambah kepada sebuah Pasar Pagi (Pondok Upeh) juga dijangka dibuka esok, Ahad, 27 JUN 2010 di Lintang Pondok Upeh berdekatan kawasan perumahan Taman Seri Indah di Jalan Balik Pulau dan sebuah Pasar Tani kendalian FAMA di setiap malam selasa di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau.

Tempahan booth boleh dibuat di http://ekspokumuda2010.eventbrite.com
Maklumat lanjut tentang Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad boleh didapati dari http://kumuda.org dan tentang Pusat Internet Desa di http://www.pid.net.my
Pusat Internet Desa Balik Pulau boleh juga dihubungi di talian 04-866-2706 setiap Isnin hingga Jumaat, 9:15 pagi hingga 5:30 petang.
No comments:
Post a Comment