Wednesday, October 14, 2009

RM1.8 juta untuk letrik ke 3 kampung


BALIK PULAU 13 Okt. - Walaupun Pulau Pinang pesat membangun sebagai negeri metropolitan, tetapi masih ada lagi segelintir penduduknya tidak pernah menikmati bekalan elektrik yang sempurna sehingga kini.

Namun, keadaan tanpa elektrik seperti dialami penduduk di tiga buah kampung iaitu Batu Hitam, Bukit Cengkih dan Mukim Tujuh Pulau Betong serta Bukit Cengkih di sini bakal berubah apabila bekalan itu disalurkan tidak lama lagi.

Berita baik kepada lebih 200 penduduk yang mendiami 47 buah rumah di ketiga-tiga kampung itu diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, projek yang membabitkan peruntukan kira-kira RM1.8 juta itu disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Tambahnya, ekoran kelulusan projek tersebut bermakna tiada lagi kampung di daerah ini terpaksa bergelap kerana tidak mendapat perkhidmatan bekalan elektrik yang sempurna.

''Kerja-kerja penyambungan serta penempatan stesen bekalan kuasa akan dilakukan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam masa terdekat dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2010.

''Walaupun faktor muka bumi kampung yang berbukit-bukau bakal menyebabkan kerja-kerja pemasangan tiang dan kabel mengambil sedikit masa namun TNB yakin ia boleh diselesaikan mengikut jadual," katanya.

Sementara itu, rata-rata penduduk kampung yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan pengumuman tersebut dan menyifatkan ia adalah saat-saat yang dinantikan sejak sekian lama.


SUMBER:

Utusan Malaysia - 3 kampung bakal dapat elektrik (14 OKT 2009)

No comments:

Post a Comment

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds