Saturday, October 17, 2009

Dah dapat degree jangan lupa Khidmat Negara!


BALIK PULAU - Kira-kira 20,000 graduan universiti yang terlepas daripada mengikuti sesi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 2004 akan dipanggil untuk menjalani latihan sesi 7/2010 bermula Januari ini.

Kumpulan itu telah diberi kelonggaran menangguhkan latihan pada 2004 kerana melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mereka dipanggil untuk sesi latihan selepas masing-masing menamatkan pengajian di IPT dan telah memperoleh ijazah.

"Selain kumpulan itu, kita juga akan memanggil kesemua 6,800 pelatih yang ingkar arahan untuk mengikuti siri latihan sejak 2004,'' katanya kepada pemberita selepas sambutan Aidilfitri di Kem White Resort di sini semalam.


SUMBER:

Kosmo - Panggilan akhir 26,800 pelatih (17 OKT 2009)

Utusan Malaysia Online - JLKN panggil 20,000 peserta tamat tempoh penangguhan (16 OKT 2009) / BERNAMA

1 comment:

  1. Alamak!!!! Edan coba apon kena ker?!!!
    Arrrrrrrrrrrrrr!!!!!

    ReplyDelete

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds