Tahukah anda bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah universiti awam terbesar di Malaysia (dengan lebih 40,000 pelajar di kampus utamanya di Shah Alam sahaja atau hampir 120,000 pelajar semuanya di rangkaiannya di seluruh negara) ? Dan sejarah awalnya ialah bermula dari sebuah "Dewan Latehan (RIDA)" hampir setahun sebelum kemerdekaan negara lagi dan kemudiannya sebuah "Maktab MARA" (1965-67) sebelum menjadi "Institut Teknologi MARA" pada penghujung tahun 60-an, dan terkini sebuah entiti berstatus universiti sejak 26 OGOS 1999.
Saya sendiri hanya mengetahui tentang predesesor UiTM setakat ITM yakni seawal dekad 80-an apabila kakak saya mendaftarkan diri untuk program Ijazah "Art & Design" (Senireka & Senilukis) - antara program ijazah pertama ketika itu semasa ITM lebih tertumpu kepada kursus-kursus diploma. Pertamanya beliau ditempatkan di Arau (cawangan ketiga tertua UiTM yang ditubuhkan asalnya di Kangar pada tahun 1974, dan kemudiannya berpindah ke Arau pada 1980), dan seterusnya bersambung ke kampus utama di Shah Alam, yang mana saya sempat juga melawat ketika itu.
Kini, UiTM "mempunyai sebanyak 15 buah kampus cawangan, 9 kampus kota, 3 kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu, serta sebuah kampus pintar yang bakal didirikan. Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 15, 000 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 300 buah program akademik..." - UiTM
Tentang UiTM dari WikiPedia:
UiTM juga adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai cawangan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, yang mana kampus negerinya yang pertama ialah di Sabah pada tahun 1973 sebelum Perlis pada tahun berikutnya.Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.
Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada MaktabOktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM). MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM".
Kampus UiTM di Balik Pulau yang akan dirasmikan esok, 30 JANUARI 2011 di lokasi sementaranya di Kompleks Balik Pulau, Pekan Kongsi, akan menjadi sebahagian daripada Kampus Cawangan Pulau Pinang (ditubuhkan di Permatang Pauh, Seberang Perai pada 1996). Kampus tersebut telahpun mula beroperasi seawal JULAI 2010 menempatkan para pelajar pra-diploma yang diberi penginapan di kampus Permatang Pauh UiTM Pulau Pinang - beberapa bas UiTM dapat dilihat setiap hari pengajian membawa pelajar-pelajar tersebut ke Balik Pulau.
Orang ramai dijemput ke Majlis Perasmian Kampus Balik Pulau UiTM Cawangan Pulau Pinang yang akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada jam 9 pagi. Makan tengahari akan disediakan untuk semua ahli masyarakat yang hadir.
Bermulalah era baru Balik Pulau sebagai hab pendidikan tinggi....
Salam. Tau tak apa courses yang offered kat UiTM Balik Pulau?
ReplyDeleteThanks!