Wednesday, July 01, 2009

Aktiviti Pada 26hb Jun 2009

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Terbuka Koperasi di Sek. Men. Teknik Balik Pulau (8.30 pagi - 11.00 pagi)

Seramai lebih kurang 100 orang pelajar KEMAS Parlimen Balik Pulau yang terlibat dengan Pertandingan Mewarna. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti Teka Teki, Pertandingan Bercerita dan Sesi Bergambar yang dikendalikan tenaga pengajar Sek. Men. Teknik Balik Pulau. Sebanyak 10 orang peserta terpilih mendapat hadiah terbaik bagi akviti tersebut.

Selain dari Pertandingan Mewarna terdapat pelbagai aktiviti seperti Gerai Niaga, Pameran Buku, Serta Pameran Koperasi oleh semua warga Sek. Men. Teknik Balik Pulau.



Dialog bersama MPPP @Kompleks Pasar Awam (9.30-12.00 pagi)
Belokasikan di Dewan Kompleks Pasar Awam dan dihadiri oleh Yang Berhormat Yusmadi Bin Yusoff. Gambar dan isu tidak dapat disediakan. Harap Maaf.

Karnival Muhibbah @ Sek. Keb. Sungai Pinang (11.00 pagi-6.00 petang)

Jawatankuasa PIBG bekerja keras untuk mengadakan Karnival yang cukup meriah dengan tujuan untuk mengutip dana bagi tabung kebajikan PIBG.

Pelbagai pameran daripada Agensi Kesihatan, Bomba, Perpustakaan & Pusat Internet Desa Balik Pulau. Selain itu, pertandingan mewarna dan sukaneka juga diadakan bagi memeriahkan majlis. Istana Belon, Pertunjukan Wow, Pertunjukan Kenderaan & Peralatan Bomba dan Menunggang Pony juga menarik perhatian pengunjung-pengunjung cilik. Pelbagai aktiviti yang menarik untuk anak-anak dan sungguh rugi bagi ibu bapa yang tidak membawa anak-anak meluangkan masa bersama di sini.

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau juga tidak ketinggalan yang membawa usahawan-usahawan dari Kak Rubi (menjual pelbagai produk dari Persatuan Ibu Tunggal), Kak Syifa(Promosi Syifa Gris, ubat menambahkan belendir di badan seperti sakit-sakit lutut), En. Syahir (Prodok Bio-Ho, penapis air), En. Adam Wong(Promosi Servis membaiki komputer) & Kak Zanna (Promosi Produk Avail). En. Muzaffar (Perunding Kewangan & Pusaka) & Puan Sara (Produk Kecantikan Marbella) turut meletakkan flyers sempena dengan program ini.





No comments:

Post a Comment

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds