Monday, June 29, 2009

JKKK perlu fahami tanggungjawab

BALIK PULAU - Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Pulau Pinang akan dihantar untuk mengikuti kursus bagi meningkatkan kefahaman mengenai tugas-tugas yang perlu dilakukan.

Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Osman berkata, JKKK merupakan ejen perubahan yang paling utama dan perantara, antara masyarakat dan kerajaan negeri.

“JKKK akan diajar bagaimana untuk menurus tadbir dan mengambil aduan penduduk kerana mereka perlu berkomunikasi secara efektif untuk memastikan keberkesanan dalam memberikan khidmat,” katanya.

Selain itu, katanya, komitmen yang diberikan sepenuhnya oleh JKKK akan dapat meningkatkan lagi matlamat untuk membantu demi kesejahteraan masyarakat.

“Kerjasama yang kukuh antara masyarakat akan mampu untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama JKKK Balik Pulau yang diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan, di sini.

Kursus yang akan dijalankan menggunakan modul khusus untuk seluruh JKKK dan setakat ini 800 orang akan mengikuti kursus tersebut yang telah ditetapkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Pihak kerajaan negeri sememangnya komited untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun kerjasama amat diperlukan untuk memastikan misi ini tercapai.

Melalui kursus ini, JKKK akan dapat menguruskan wang peruntukan dengan bijak dan tidak akan timbul lagi sebarang masalah yang tidak diingini.

Selain itu, katanya, sesi dialog juga dijalankan dari masa ke semasa untuk memberi peluang kepada masyarakat meluahkan masalah yang perlukan penyelesaian.

Beliau yakin dengan kepimpinan yang ada termasuk di peringkat jabatan kerajaan dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menyelesaikan apa juga masalah yang dialami oleh penduduk kampung.

Dalam pada itu, beliau berharap JKKK dapat memastikan mereka telah menerima watikah pelantikan bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan pada kemudian hari.

Originally from http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story2906776.asp

No comments:

Post a Comment

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds