Tuesday, June 23, 2009

Ibu Ying Ying bebas tuduhan dadah

PULAU PINANG - Mahkamah Majistret Balik Pulau melepas dan membebaskan Teh Hooi Wen, ibu Shearwel Ooi Ying Ying, kanak-kanak yang dipercayai dibakar selepas dibunuh, tanpa dipanggil membela diri terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis methaphetamine ke dalam badannya sendiri, dua tahun lalu.

Majistret Norhayati Johar mengeluarkan perintah itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Keputusan itu dibuat setelah mahkamah mendengar keterangan tiga saksi yang dikemukakan pada perbicaraan penuh di akhir kes pendakwaan semalam.

Teh, 29, dituduh memasukkan dadah jenis methaphetamine ke dalam badan sendiri kira-kira 1.30 pagi pada 9 Julai 2007 di Balai Polis Bayan Lepas dan kesalahan itu didakwa dilakukan menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis.

Originally at http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2889975.asp

No comments:

Post a Comment

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds