Wednesday, December 31, 2008

Kompleks Mahal & Baru, Tapi Gersang...

FAKTA & NOMBOR Kompleks Pasar Awam MPPP Balik Pulau:
  • Tarikh dibuka: 1 Disember 2007
  • Tempoh pembinaan: 18 bulan ~ 1.5 tahun (Feb 2006 - Sep 2007)
  • Kos pembinaan: RM 17 juta ~ hampir RM sejuta sebulan
  • Jumlah ruang perniagaan: 287 (106 untuk peniaga pasar lama, 123 untuk peniaga baru) {Jumlah tapak pasar tani hari minggu: 150}
  • Jenis ruang perniagaan: 4 (astaka, bazar, pasar basah, pasar kering)
  • Kos sewa (bulanan dalam RM): 95-160 (pasar basah), 100 (pasar kering), RM120 (astaka), RM160 (bazar)
  • Kos lesen MPPP: RM30 sebulan = RM360 setahun
  • Cagaran/bayaran awal penyerahan gerai: 3 + 1 bulan (misalnya, RM190x3 = RM570 + RM190 = RM780)
  • Kos pemasangan eletrik (TNB/kontraktor): RM500
  • Anggaran untung bulanan setiap gerai: RM500 => Jumlah keuntungan semua peniaga selama setahun: RM1.7M ~ akan mengambil masa lebih 10 tahun untuk mendapatkan pulangan kos pembinaan kompleks (dengan syarat semua gerai beroperasi).
  • Anggaran kutipan sewa gerai oleh MPPP: RM500,000 setahun (tidak termasuk sewa dewan, pejabat MPPP dsbnya) => 36 tahun untuk pulangan kos pembinaan kompleks (tidak mengambilkira kos operasi).
  • Peratus kutipan sewa gerai oleh MPPP berbanding pendapatan tahunan: 2.5% (berdasarkan purata pendapatan sebanyak RM200 juta setahun).

  • Kos tahun pertama berniaga di bazar: RM780 (cagaran + sewa bulan pertama) + RM500 (TNB) + RM190x11 (sewa)+ ~RM30x12 (eletrik) = RM 3,730 setiap gerai (tidak termasuk stok atau kos operasi lain). Taklah murah/mudah sangat, kan?

Berdasarkan rujukan dengan MPPP dan artikel-artikel akhbar termasuk artikel Sinar Harian seperti di bawah (9 NOV 2008) - Desak kurang sewa, hebatkan promosi:

BALIK PULAU - Kira-kira 180 peniaga di Kompleks Pasar Awam Balik Pulau mendesak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengurangkan kadar sewa bulanan yang dikenakan ke atas mereka.

Kompleks yang mempunyai hampir 270 ruang perniagaan pelbagai jualan iaitu astaka, bazar, pasar basah dan kering difahamkan dikenakan kadar sewa bulanan yang tinggi berdasarkan jenis perniagaan dan berbeza dengan pasar awam di kawasan lain.

Tinjauan Sinar Harian ke kompleks berkenaan yang telah beroperasi hampir setahun itu, dapat melihat kekecewaan peniaga di situ disebabkan kurangnya promosi daripada pihak berkenaan.

Suasana meriah dan keriuhan antara pelanggan dengan pembeli apabila menawar sesuatu barangan jualan hanya dapat dirasai apabila cuti hujung minggu dan cuti umum.

Yang Dipertuan Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Kompleks Pasar Awam Balik Pulau, Saleh Hassan berkata, kadar sewa bulanan yang dikenakan MPSP amat tinggi berbanding tempat lain.

“Bagi peniaga yang menjual barangan pakaian serta aksesori wanita, mereka dikenakan bayaran sewa tapak RM160.

“Peniaga astaka yang menjual makanan dan minuman pula dikenakan sewa bulanan RM120, peniaga pasar kering RM100 dan peniaga pasar basah pula minimum RM95 sehingga RM160 berdasarkan keluasan ruang perniagaan”, katanya.

Menurutnya, jika dicampur dengan sewa lesen tahunan dan kos elektrik, peniaga hanya mampu meraih pendapatan sekitar RM550 sebulan.

“Keuntungan yang diperoleh kami sekadar cukup untuk dibuat pusingan modal dan meneruskan perniagaan walaupun ramai rakan-rakan yang terpaksa berhenti memandangkan kurangnya sambutan.

“Beberapa kawan saya telah berhenti berniaga di sini dan tidak hairan kami yang masih mampu bertahan ini akan menjejaki langkah mereka," katanya ketika ditemui oleh Sinar Harian.

Tambahnya, aduan telah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah itu, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Perjumpaan kali pertama dengan pihak MPPP telah diadakan pada Februari lalu dan menurut mereka, tindakan akan diambil tetapi tidak dilaksanakan. Kami juga telah membuat aduan serta perjumpaan susulan tetapi sehingga kini tiada tindak balas," ujarnya.

Seorang peniaga bazar, Jamilah Abu Bakar menggesa majlis mengkaji semula kadar sewa bulanan yang dikenakan kerana ia amat tinggi.

“Keuntungan yang diperoleh sebulan jika ditolak sewa bulanan, kos elektrik dan pusingan modal, kami hanya mendapat RM500 sebulan.

“Mereka sepatutnya peka mengenai masalah ini dan bukan hanya sekadar mengutip sewa sahaja tetapi perlulah sama membantu meningkatkan pendapatan peniaga," katanya.



p/s: Malah, karnival mesra pelanggan yang diadakan pada 13 Disember lalu pun agak malap dan murung tanpa lampu-lampu yang sesuai atau mencukupi, mungkin tanpa sokongan padu pihak MPPP/kerajaan sendiri:


1 comment:

  1. Anonymous25/8/09

    salam semua..kalau ada aktiviti yang ingin 'dihighlightkan' di daerah barat daya jangan lupa hubungi skuad sinar harian di talian 019-4747240...TQ

    ReplyDelete

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds