Friday, February 20, 2009

Emosi


(kita tidak perlu takut pada dunia penuh kalut)

Balik Pulau (20 FEB 2009): Demikian judul sajak yang dibacakan secara berduet oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar-Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Omar bin Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Betong, Tuan Sr. Hj Muhammad Farid bin Saad ketika majlis Gema Puisi Gaza: Erti Kemanusiaan yang diadakan di Anjung Indah, Balik Pulau awal malam tadi.

Terselit juga komentar sinis kemelut politik di Perak dalam bacaan Prof Omar berbunyi:
Di Gaza pemuda berjuang melontar batu pada tentera
Di sini orang kita melontar batu pada kereta kerabat diraja

(In Gaza, the youngs throw stones towards militarymen
Here, our guys throw stones towards those vehicles carrying royal families)


Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Negeri Pulau Pinang, USM, BASKEP dan KADUN Pulau Betong tersebut dihadiri oleh delegasi dari semua pihak penganjur dan turut diramaikan dengan delegasi para pelajar dan guru-guru dari Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau (diketuai oleh Pengetua En. Mohd Sabri bin Ali), Ahli-ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (diketuai oleh Yang Dipertuanya, En. Rizal Faris Mohideen bin Abdul Kader, pihak media, penduduk-penduduk tempatan dan wakil dari badan-badan lain.


Hasil sumbangan para hadirin diserahkan kepada wakil dari Palestin di akhir majlis selepas ditamatkan dengan bacaan doa.

Ringkas majlisnya, dan wajar diteruskan di serata negara... tapi mungkin perlu diperdalami semangat penentangan seperti yang dibawakan oleh lagu oleh Michael Heart ini:

No comments:

Post a Comment

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds