Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, bersama-sama Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia dan Badan Kesenian Balik Pulau akan menganjurkan majlis Gema Puisi Gaza:Erti Kemanusiaan pada 20 Februari 2009 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Anjung Indah, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tetamu kehormat yang akan turut mendeklamasikan puisi pada majlis berkenaan ialah TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Antara tetamu kehormat lain yang akan turut hadir ialah Tan Sri Prof. Dzulkifli Abd. Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Omar Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, USM dan Encik Nik Ali bin Mat Yunus Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang. ADUN Pulau Betong, YB Sr. Hj Muhammad Farid bin Saad juga dijangka akan hadir.
Saudara Azmeer, penyanyi dan komposer yang tidak asing lagi akan turut mempersembahkan lagu puisi sempena majlis berkenaan. Majlis ini antara lain bertujuan untuk melahirkan rasa simpati kepada rakyat Palestin di samping memungut derma untuk Tabung Palestin.
Orang ramai dijemput hadir.
No comments:
Post a Comment