Tuesday, February 03, 2009

Tabika dirantai, dimangga


BALIK PULAU 2 Feb. – Seramai 22 kanak-kanak Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang di sini terpaksa belajar di bawah panas terik matahari lebih dua jam ekoran pintu pagar tabika berkenaan dirantai dan dimangga hari ini.


Tindakan tidak membenarkan pihak tabika menggunakan bangunan Desa Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang itu didakwa dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang di bawah kelolaan kerajaan negeri.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kanak-kanak terbabit belajar di luar beralaskan tikar tanpa kerusi dan meja serta berbumbungkan langit dalam cuaca panas terik manakala guru mereka pula berdiri, dari sesi sekolah bermula pada pukul 8 hingga 11 pagi.


Penyelia Kanan Tabika Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din berkata, tindakan pihak berkenaan mengunci pintu pagar sekolah di bangunan tersebut bukan kali pertama tetapi kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku kepada mereka tahun ini.


Katanya, pihak tabika tidak faham mengapa ia berlaku sedangkan kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan melalui pejabat daerah untuk tidak mengganggu semua tabika Kemas di Pulau Pinang dan ia dibenarkan beroperasi seperti biasa.


‘‘Kali pertama dan kedua insiden sekolah dikunci, ia berjaya diselesaikan dan dibuka semula atas budi bicara pihak berkenaan tetapi apabila berlaku sekali lagi hari ini, kita tidak boleh berdiam diri sahaja.


‘‘Perbuatan mereka sudah melampau kerana kanak-kanak ini pula bukan dari keluarga senang, rata-rata anak nelayan dan mereka ini juga perlu pergi ke sekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di luar tabika tersebut hari ini.


Difahamkan, tindakan mengunci premis berkenaan dibuat kerana pihak berkenaan mahu mengambil alih bangunan dan dijadikan pusat bagi jawatankuasa tersebut menjalankan pelbagai aktiviti setempat sedangkan tabika Kemas tersebut telah beroperasi di situ sejak tahun 2003.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah menerima dua pucuk surat pada awal tahun ini dan pertengahan bulan lepas meminta bangunan tersebut dikosongkan walaupun arahan supaya mereka tidak diganggu telah dikeluarkan.


‘‘Kita pun tidak faham kenapa mereka buat macam ini, apa motif sebenarnya, jika mahu berpolitik sekali pun janganlah babitkan kanak-kanak tabika ini kerana mereka tidak tahu apa-apa,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Aziaan Ariffin pula menyifatkan kejadian itu bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekali gus membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira impaknya.


"Dipetik dari Utusan Malaysia Online"

4 comments:

  1. Anonymous3/2/09

    Mana pemimpin Parlimen Balik Pulau?? Kenapa tak boleh turun KL.... Menteri Kemas boleh turun dari KL.... Kenapa YB Balik Pulau x leh turun...

    Saya ada dengar-dengar, PKR nie hanya jadi boneka DAP... x tau betul ke atau tidak....

    Kalau orang muda tak sedar lagi tak tau laaa.....

    ReplyDelete
  2. Chief Minister Lim Guan Eng said the whole mess arose out of a misunderstanding between the JKKK and the kindergarten.

    He said it is not the policy of the state government to lock up any community hall, and that the incident should not be blown out of proportion.

    "The hall has been reopened so I urge all quarters not to speculate. We have no objection to the hall being used as a learning centre," he told a news conference.

    NST: Children without a classroom - http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/NewsBreak/20090203181117/Article/index_html

    Still, we look forward for a formal apologies from the culprits of such incident!

    ReplyDelete
  3. salam sayang :

    nak marah susah,,tak marak pun payah ..ni aku ni anak menakan aku yang duk kat tengah tikar tu masa tabika tu tutup, berlinag air mata orang tua satu kampung,nak hantaq sekolah elok tada duit,pokai,kerja nelayan,kais pagi bagi anak duit belanja pi sekolah,kais petang buat bini beli tepung buat cucuq kais malam ,buat duit minyak esok nak g kelaut..
    mana PKR..mana lim guan eng, mana anak ustaz yang dah jadi wakil rakyat tu..mana semua!!mana hilang..
    pisana ,pisini,usung sana ,usung sini,lari bawa bendera PKR panggil
    semua orang join..kita ubah melayu..kita cipta melayu agung ..kita bagi smua orang senang,,cehh!! aku sendiri yang tolong buang bendera tu kat pagar tabika tu ..skit macam bendera jepun'tu kata tuk jah ,umur kat 70 dah..
    malu aku ..malu habis semua ..apakejadah ...siap heboh semua orang rupanya nak bagi sewa kat bebudak sekolah cina nak buat tuisyen rupanya..ntah..
    si lim pengerusi mana...si rahim setiausaha mana..huh dia usaha sungguh ,dah 3 kali dah dia nak tutup tabika nih.siap ngan bendera lagi tuh..
    maila..maila ...kita selesai bersama..nah dia kunci terus!! tak buat mesyuarat kampung pun...tak panggil orang sembang kat balai raya pun.. !!bila tanya ..nuh kerajaan negeri nuh yang suruh..takpala anak dia mengaji sekolah mahal..skit2 nak marah bebal..huh ada agenda rupanya..nanti sat na..ada ubi ada batas..ada hari siap kao na rahim..
    sampai mati aku teringat cakap makcik sorang tu..
    jom balik jom..takyah sekolah ari ni !!esok mak ajaq kat rumah na..esok dah pandai,mak tumpang senang,sambil duk menangis,budak duk tersengih!!!
    adil jangan tak adil…kita g bulan na!!..naik roket merah !!

    ReplyDelete
  4. Anonymous14/2/09

    Setahu aku, Masa kejadian tempoh hari, budak-budak Tadika Kemas dari Sungai Pinang telah dibawa ke Tadika Kemas Kuala Sungai Pinang untuk meramaikan dan menggamatkan keadaan. Kanak-kanak diexploitasikan dengan memaksa mereka duduk di bawah terikan panas matahari, Dipaksa posing dipintu pagar untuk diambil gambar. Ada seorang budak yang telah demam banyak hari dah, tak pergi sekolah pun, dipaksa hadir ke sekolah untuk menunjukkan kepada media yang budak tersebut demam akibat sekolah kena kunci.

    Wahai orang-orang Umno, orang KEMAS dan seangkatan dengannya. Orang yang berpura-pura adalah salah satu sifat orang yang MUNAFIK.... fikir-fikirkanlah.......

    ReplyDelete

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds