Maaf Zahir & Batin atas terbitan-terbitan atau kekalutan/kecelaruan kami kalau ada yang membikinkan tidur tak lena, rasa gusar atau marah sangat dan sebagainya. Almaklumlah, adat blog la katakan.
Rumah kami ada terbuka kalau nak mai jenguk, kat Taman Sri Indah (bawah ada, atas flat pun ada) dan Taman Pondok Upeh.
Tapi kalau nak makan (balun) betul punya kenyang, bolehlah jenguk YB-YB kita di tempat-tempat berikut pada Hari Raya Pertama (hari ni, Ahad, 20 SEP 2009):-
- Kompleks Sukan Balik Pulau berdekatan Jalan Sg. Nipah/Simpang Empat - YB Speaker DUN Pulau Pinang Dato' Abdul Halim bersama YAB Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor dan YB Ahli Parlimen Balik Pulau, Sdra Yusmadi.
- Rumah Dato' Dr. Hj Hilmi Hj Yahaya, ADUN Teluk Bahang di Jalan Sg. Nipah. (dalam 500m dari Kompleks Sukan Balik Pulau.
- Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (juga Ahli Parlimen Kepala Batas) di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang dari jam 10 pagi to 3 petang.
Untuk yang dari jauh, boleh rujuk peta di atas atau guna GPS untuk koordinat ini: 5.338636,100.213659 (+5° 20' 19.09", +100° 12' 49.17")
Keesokan harinya pula, pada Hari Raya ke-Dua:-
- Timbalan Ketua Menteri (I) Dr. Mansor Othman di Padang Awam Taman Guar Perahu, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Penang, dari jam 11 pagi hingga 4 petang.
- Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jam 12 tengahari hingga 2 petang
Khabarnya juga, Unit Protokol dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga mengadakan Rumah Terbuka Pulau Pinang di KOMTAR pada kedua-dua Hari Raya Pertama dan Kedua. Sila hubungi Sekretariat penganjur di 04-6505141 / 6505287 atau rujuk laman Penang Tourism di visitpenang.gov.my.
Selain tu, YB ADUN Pulau Betong, Hj Muhamad Farid Hj Saad juga akan mengadakan rumah terbuka beliau di Jalan Bharu, Balik Pulau (berdekatan Masjid Jalan Bharu) pada hari Sabtu, 26 SEP 2009.
Untuk senarai penuh rumah-rumah terbuka sekitar Pulau Pinang, sila rujuk laman Penang City di http://pp.my/
No comments:
Post a Comment