Wednesday, February 25, 2009

Program Jelajah Penang dari UNIMAP

Bahagian Pengurusan dan Tenaga Pengajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
turun padang di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri hari ini sempena dengan Progran Jelajah Penang UNIMAP. Program dianjurkan bersama Komuniti Bestari Kongsi yang diuruskan oleh Encik Yuhezri Mohd. Yusoff dan jawatankuasa. Ceramah disampaikan oleh Prof. Madya Sheik Che Muhammad Ruzaidi Bin Ghazali, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahan dengan disertai 127 orang pelajar SPM yang kebanyakannya mengambil bidang pengajian sains.

Latar Belakang UniMAP (dahulu dikenali sebagai KUKUM) ditubuhkan sebagai sebuah IPTA yang ke 17 pada 25 Julai dengan tujuan melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong pelan industri negara, selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis. Pada 2 Mei 2002, UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/3 seramai lebih kurang 116 orang pada 20 Jun 2002.

Pada 1 Februari 2007 KUKUM telah dikenali sebagai UniMAP bagi proses penjenamaan semula universiti. Misi UniMAP ialah Melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada pembangunan dan daya saing industri negara. Bidang keutamaan atau niche area UniMAP adalah kejuruteraan berasaskan elektronik dan bidang kejuruteraan serta teknologi lain yang berkaitan dengannya dan menyokong industri elektronik.

Antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah:

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik
Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik
Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Pembuatan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik
Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan

GALERI GAMBAR


1 comment:

  1. Anonymous26/2/09

    ada nampak bas dia kat penang recently...

    ReplyDelete

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds