Tuesday, June 17, 2008

Hospital Balik Pulau Kurang Berkualiti...

Kalaulah yang menjadi ukuran untuk ujian mutu tersebut didasarkan kepada "objektif kualiti" yang ditampalkan sendiri di kaunter pendaftaran pusat perubataan milik kerajaan ini, sebuah institusi yang gah di Balik Pulau ini selama berpuluh-puluh tahun lamanya - khususnya berkaitan dengan jaminan masa penyampaian perkhidmatan!

Kelmarin merupakan kali pertama saya berkunjung ke hospital tersebut dalam tahun-tahun kebelakangan ini (walaupun saya pernah mengunjunginya secara agak kerap lebih kurang dua dekad yang lalu semasa bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA Jalan Pondok Upeh yang bersejarah - yang mana sekolah tersebut akan menyambut ulangtahun ke-25/Jubli Peraknya tahun ini). Pengalaman mengunjungi beberapa hospital dan klinik kerajaan lain di Pulau Pinang, walaupun tidaklah sesempurna yang diharapkan (kedapatan doktor-doktor yang rela membiarkan pesakit menunggu lebih lama sedangkan mereka cukup terluang untuk bersembang kosong dan sebagainya) tapi tetap mampu menyempurnakkan perkhidmatan dalam masa kurang daripada sejam seluruhnya, meyakinkan saya keupayaan Hospital Balik Pulau yang sewajarnya lebih kurang pengunjung berbanding dengan di bandar-bandar lain yang lebih sibuk seperti Ayer Itam, Bayan Baru dan Georgetown.

"Kurang dari(pada) 60 minit (selepas proses pendaftaran)", kata Objektif Kualiti tersebut. Saya sampai ke hospital dan menyerahkan MyKad kepada pegawai bertugas pada jam lebih kurang 8.45 pagi. Kedapatan ramai pesakit luar lain yang lebih awal menunggu, tapi saya agak senang hati yakin akan tetap akan mendapatkan perkhidmatan dalam masa yang "boleh tahan". 30 minit berlalu, beberapa pesakit mundar-mandir pelik nama masih tak terpanggil. Saya lihat keliling, tv tak dibuka, majalah atau suratkhabar tak ada, boring! Beberapa pesakit sudah mula berkata, "dah lebih sejam tunggu ni!" Kalih ke belakang, beberapa pelajar sekolah menengah dah terlentok kerana letih menunggu. Panggilan nama yang tak jelas kedengaran seperti nama saya hingga saya ke kaunter bertanya tapi nyata bukan nama saya - atau saya sudah mula mengigau. 9.45 pagi, baru nama saya dilaungkan dan akhirnya saya dapat nombor untuk lebih tepat menganggarkan jangka tunggu. 60 minit hanya untuk pendaftaran -- dan sepanjang masa tersebut, tanpa nombor, mykad jadi 'tawanan' dan tanpa apa-apa! Siapa sangka pendaftaran mudah boleh mengambil masa Malangnya, nampaknya tiada pula jaminan mutu untuk proses pendaftaran -- kalau ada tertulis "Kurang daripada 60 minit untuk pendaftaran", agaknya ada pesakit-pesakit yang berubah hati dan terus ke klinik swasta sebelum menyerahkan MyKad mereka.

Hmm, slip nombor yang diberi kepada saya mempunyai tanda waktu 08:49 - agaknya pekerja di kaunter pendaftaran masih ingat masih belum sampai jam 9 pagi! "#57" pastinya lama lagi memandangkan nombor sekarang baru "#12". Hmm, apa jadi dengan puluhan pesakit-pesakit sebelum ini, nombor negatif, atau nombor 9900+? Apa pun, saya kira pasti lama lagi justeru saya keluar membeli akhbar dan air minum (kedua-duanya tidak disediakan di perkarangan menunggu pesakit luar). Sesampai kembali, nombor-nombor yang dinaikkan ke panel LCD kelihatan melompat-lompat, kejap #40, kejap #50, kejap #60, kejap turun balik ke #47 dan sebagainya yang lebih memeningkan saya yang sudahpun pening kepala kerana demam selsema! Adakah nombor bertuah #57 saya sudahpun dipanggil, atau belum?

40 minit berlalu, akhirnya nombor saya kelihatan di panel dan saya diarah ke bilik #6. Masa berlalu begitu pantas. Sekurang-kurangnya penantian kali ini tak sampai sejam lamanya. Jam betul menunjukkan 10.30 pagi, tapi mungkin doktor yang memeriksa saya mendasarkan waktu perkhidmatan dengan slip pendaftaran, menulis waktu perkhidmatan sebagai bermula jam 9.47 pagi dan berakhir jam 9:30pagi ! Back to the FUTURE!!

Masa untuk ke Farmasi dan kali ini, barisan menunggu tak panjang, dan nombor siri yang diberikan agak tepat, bernombor #1090 (nombor dilayan #1077) pada jam 10.37 pagi. Hanya 13 orang di hadapan saya. Saya menarik nafas lega. 20 minit kemudian selepas pemanggilan bersiri yang tepat, saya menerima ubat-ubatan yang dipreskripsikan doktor.

Tempoh mendaftar: 60 minit
Tempoh menunggu konsultasi: 40-minit
Tempoh konsultasi: 2 minit
Tempoh menunggu layanan farmasi: 20-minit
Tempoh mendapatkan ubat: 1 minit

Tempoh lawatan keseluruhan:
> 120 minit!

(walaupun tiada kecemasan seperti pelajar-pelajar sekolah keracunan makanan, kemalangan ngeri, tsunami atau banjir mengejut dsbnya.)

Apa nak buat, kalau nak cepat, pergi klinik swasta lah, kan? Tapi saya pun nak berjimat juga walau sedikit memandangkan kos petrol saya dah naik 40% dan tak satupun daripada empat kenderaan dalam 'household' saya layak untuk rebat sehingga awal tahun depan... Lagipun, sebagai pembayar cukai yang pelbagai, nak juga merasakan khidmat awam dari pihak kerajaan. Bak kata orang, belum rasa belum tahu!


4 comments:

  1. Anonymous13/8/09

    peranan jabatan kecemasan adalah memberi rawatan kecemasan serta merta apabila adanya kes2 kecemasan. kes seperti anda adalah kes biasa yang biasanya dirawat di klinik kesihatan.

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya tak pernah la ke hospital BP tetapi kalau kita bercakap mengenai mutu dan kualiti, bukan sahaja hospital kurang berkualiti tetapi banyak lagi yang sederet dengannya seperti, pengangkutan awam, mahkamah syariah, tabiat dan sikap awam dan entah macam-macam lagi kalau nak dimuatkan dalam ruangan ini.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12/2/11

    semalm saye sari puluk 1pm sampai pukul 5pm...doc ooi tse hun (pegawai perubatan hospital balik pulau) siap layan saye mkn biskut...ada seorg bro dah lame tunggu...dia masuk tgk doc tgh myembang...kat mane saye nak report...pejabat kesihatan ke? sakit hati....tahu semua buat ketupat aje...

    ReplyDelete
  4. Anonymous20/5/11

    saya sangat setuju, anak saya yang berumur 2 bulan kena gigitan serangga berbisa, bila sampai hospital balik pulau seorang doktor berbangsa cina cuma memberikan losyen calamine utk sapu. selepas tu ianya semakin membengkak, pergi lagi ke wad kecemasan hosp, balik pulau. lngsung tak diberi apa-apa ubat.. pergi klinik baru o.k... menyesal pergi hospital BALIK PULAU... TERUK!!!!

    ReplyDelete

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds