Saturday, October 13, 2007

Orang Balik Pulau beraya dengan VIPs

Berduyun-duyun penduduk Balik Pulau tidak melepaskan peluang mengisi jemputan ahli Parlimen tersohor tempatan, Dato Seri Dr Hilmi Yahaya yang mengadakan rumah terbukanya, sebiasanya seperti tahun-tahun sebelum ini. Turut serta menghoskan majlis jamuan makan rumah terbuka Hari Raya Pertama yang diadakan di Kompleks Sukan Balik Pulau petang tadi termasuklah ADUN dari Teluk Bahang (Puan Siti Faridah binti Arshad) dan ADUN dari Pulau Betong (Encik Muhamad Farid bin Saad).

Pelbagai juadah disediakan dan dihidangkan berkonsepkan suasana pasar jaja (hawking). Juadah paling laris kali ini ialah sate dan ABC (orang sini panggil 'ais kacang'). Lain-lain yang tak kurang 'dibelasahkan' termasuklah laksa, mee rebus, bihun sup, koay teow goreng, kuih-muih, ketupat dan nasi minyak. Teh tarik, air bandung, dan cendol pun ada...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua...



Ikhlas,

Nasir
BalikPulau.org

No comments:

Post a Comment

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds