16 May 2007
Semua Ahli ANSARA Cawangan Balik Pulau
MESYUARAT AGUNG TAHUN KALI KEEMPAT 2007/2008 ANSARA BALIK PULAU
Merujuk kepada notis mesyuarat bertarikh 16 April 2007, adalah saya diarah memaklumkan, bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Balik Pulau Kali Keempat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh & Masa: Sabtu, 26 MEI 2007, 10.00 pagi
Tempat : Function Hall ,Bukit Robson Condo, Persiaran Syed Putra 5, Off Jalan Syed Putra, 50460 KUALA LUMPUR
Adalah juga dimaklumkan bahawa setakat tarikh tutup pencalonan pada 16.05.2007 terdapat hanya 8 calon untuk bertanding bagi jawatan yang ditawarkan.
Oleh yang demikian, saudara/ saudari adalah dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli ANSARA Balik Pulau.
Kehadiran saudara/ saudari adalah sangat sangat dihargai demi penyatuan semula bekas pelajar MRSM Balik Pulau bagi kepentingan kita semua khususnya dan kepentingan agama, bangsa dan tanahair amnya.
Segala perhatian, kerjasama dan kehadiran saudara/ saudari amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
DARI KITA UNTUK KITA, DARI BP UNTUK BP
Salam Hormat
…………………………………………….
Eadie Nor Faizal Othman
Setiausaha ANSARA Balik Pulau
PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM CAWANGAN BALIK PULAU (ANSARABP)
No. 18-4-1, Jalan. 5/101C, Cheras Business Center, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur.
Tel/ Fax: 03-9131 5650 Email: ansarabalikpulau@yahoo.com
Organization Info:
ANSARA is a society of former students from about 35 secondary schools throughout Malaysia (including one in Kuching, East Malaysia) funded by a government agency called "Majlis Amanah Rakyat (MARA)" [The Council of Trust for the Indigenous People]. Each school is called "Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)" [MARA Junior Science College].
The suffix "BP", an acronym for "Balik Pulau, Pulau Pinang" denotes the name of the town or city where the particular school is located, and thus signify the specific geographical branch of this society. Hence, ANSARABP represents the former students of MRSMBP.
No comments:
Post a Comment