Setahun lagi agaknya Balik Pulau akan betul-betul berubah wajah dengan lebih kencang...
Gambar di atas diambil pada New Year's Eve, 31 Disember 2008 menunjukkan pembangunan padat di pekan Kongsi/Balik Pulau.
Dan taman-taman perniagaan baru kini menghunikan kafe-kafe Internet sebagai bisnes-bisnes keperluan terawal untuk penduduk seperti taman di Simpang Empat/Genting ini yang baru saja dibuka pada bulan Disember 2008, menunjukkan betapa pekan Balik Pulau pun mengharungi arus k-economy, ataupun ekonomi keilmuan. Kini sudah ada hampir sepuluh pusat-pusat Internet seperti ini termasuk di Taman Seri Indah, Pekan Kongsi, Taman Bukit Penara (dekat Terminal Bas Rapid Penang yang mana kafe Internet menjadi antara perniagaan terawal dibuka di situ sebelum KFC, 7-11 dll tiba) dan Taman Manggis. Atau mungkinkah kafe-kafe Internet ini hanya satu generasi permainan interaktif elektronik (video game) menggantikan zaman arked yang popular di dekad 80-an?
Begitupun bangunan-bangunan seklasik di atas dan rumah-rumah kampung tradisional seharapnya terus terpelihara.
Biarpun tak salah dengan ketibaan bangunan-bangunan mega seperti mahkamah syariah di atas yang bakal siap dalam beberapa bulan lagi (terlajak penyiapan pembinaan melepasi lebih setahun kini)
Sementara itu, janganlah hendaknya pihak MPPP dan kerajaan negeri terus tidur membiarkan taman-taman perumahan kos rendah seperti di Taman Seri Indah ini jadi langsung tak indah dengan sampah bertaburan kerana tak cukup tong dan tak cukup kerap pengutipannya - diperhatikan sebegini dari 27 Disember hingga 31 Disember, dan penduduk di situ terpaksa lalu lalang sambil menghidu bau busuk satu hari lagi memandangkan 1hb Januari pula hari cuti umum! Apa dah jadi? Orang ramai kempen buang sampah sambut tahun baru atau pihak kerajaan negeri mogok sebab dengarnya ura-ura kerja pengurusan sampah akan diambil alih oleh kerajaan pusat kah? Mungkin masanya juga untuk usaha mengecat flat-flat usang ni dengan cat lebih berkualiti kali ini... Janganlah dibiarkan daerah yang menghoskan program Homestay untuk pelancong-pelancong punya "sight for sore eyes" atau "smell for itchy noses"...
Mana YB-YB tersayang kita? Tuan Yusmadi (AP) dan Tuan Farid (ADUN)? Selalunya berebut nak tunjuk muka BN vs. PR... apa salahnya menjenguk Taman Seri Indah sekali lagi? Lagipun, dua-dua pejabat Gerakan (BN) dan PKR (PR) ada di taman ini... ;)
Salam Ma'al Hijrah dan Tahun Baru Era Umum semoga pembaca sihat sejahtera dan terpelihara senantiasa hendaknya!
-
Mana YB-YB tersayang kita? Tuan Yusmadi (AP) dan Tuan Farid (ADUN)? Selalunya berebut nak tunjuk muka BN vs. PR... apa salahnya menjenguk Taman Seri Indah sekali lagi? Lagipun, dua-dua pejabat Gerakan (BN) dan PKR (PR) ada di taman ini... ;)
ReplyDeleteThey got "power" but have less "responsible". Tak kira la dari pihak mana-mana pun, kita pangkah untuk bagi kita senang, bukannya untuk bagi "depa" duduk dalam opis, goyang kaki, makan koci, sembang projek2 besar sampai lupakan masalah kecik2.. tringat movie Tokyo Drift..
"dengan hanya curi ladam kuda,
Kuda xboleh nak tunggang,
Berita tak boleh disampaikan,
Pihak musuh dah dekat,
Kalah Perang.."
anyway, Salam Tahun Baru, Salam Maal Hijrah! Nice work!