Wanita tua tersebut bersama ahli-ahli keluarganya sedang menyeberangi jalan berdekatan simpang tiga jalan di situ ketika dirempuh walau perlahan oleh kereta Kancil yang sarat dengan penumpang, dan kelihatan sedang menahan sakit yang amat sejurusnya. Bertegas tidak mahu mengaku salah langsung atau membantu menghantar wanita yang dilanggar tersebut ke hospial, dengan alasan kereta penuh dengan ahli keluarganya, pemuda Cina tersebut bergegas pergi dengan janji akan membuat laporan polis.
Bilakah agaknya baru lampu trafik atau amaran memperlahankan kenderaan untuk keselamatan pelintas jalan kaki dibuat berdekatan dengan tempat perhentian bas di sini?
Sementara itu, beberapa jam sebelumnya pada jam lebih kurang 11:30 tengah hari, seorang budak juga dikejarkan ke hospital dengan ambulan, juga dari Taman Sri Indah, selepas dilanggar dengar motosikal di sudut belakang deretan kedai.
No comments:
Post a Comment