Monday, December 29, 2008

Mengindahkan Tuah


Dataran Tuah di Balik Pulau, sebuah "medan selera" (food court) yang dibangunkan oleh agensi kerajaan MARA ini tampaknya tak berapa bertuah sejak tahun-tahun kebelakangan. Makin hari, makin usang gerai-gerai di situ walaupun Maybank di seberang jalannya agak sibuk setiap hari. Yang kelihatan hidup hanya gerai burger di malam hari dan gerai-gerai jualan makanan untuk berbuka puasa semasa bulan Ramadan. Penulis sendiri pun tak pernah "ada selera" nak menjejakkan kaki ke dalam tapak ini walaupun sudah cukup dua tahun asyik berulang-alik di jalan raya bertepiannya.

Bila dah nampak usaha peningkatan imej/penaiktarfan menjengah tahun baru ini, barulah penulis tergerak nak menjenguk dan bertanyakan kepada pekerja-pekerja kontraktor di tapak tersebut, yang rata-ratanya dari negara seberang berdasarkan pelat mereka. Kata seorang daripadanya, nak dibuat restoran baru... Kalaulah tak dikerjakan sebegini, mungkin, langsung tak nampak gerai-gerai di dalamnya, yang rupa-rupanya ada menjual pelbagai barang am juga, bukan sahaja makanan dan minuman. Kelihatan stiker-stiker wakil jualan syarikat-syarikat jualan langsung seperti CNI dan sebagainya - Bila digoogle, terjumpa laman oleh salah seorang penghuni gerai tersebut di fadzil.bravejournal.com yang nampaknya juga dah berhenti mengemaskini blognya sejak lewat 2006.

Maklumat dari Google juga menonjolkan yang usaha peningkatan imej tapak Dataran Tuah ini sudah pun dirancangkan seawal bulan Ogos 2008 - rujuk kenyataan tawaran (tender) dari MARA bernombor 144.

Tak sabar rasanya nak tengok hasil renovasi ini. Harapnya, bakal seindah Taman Rimba Anjung Indah (di puncak Hutan Simpan Bukit Relau)... ;)

2 comments:

  1. Dataran Tuah sepatutnya dijadikan tapak niaga khusus untuk FLEA MARKET/CAR BOOT SALE di samping ruang niaga untuk kakiseni dalam bidang karikatur, potret monolog, seni khat dan seni gubahan.

    Pelancong dalam dan luar negeri pasti tidak mengunjungi tempat sebegini paling tidak menjadi medan baru untuk lonjakan pemasaran Balik Pulau sebagai tapak pelancongan dan juga tapak niaga santai.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2/1/09

    apa pun burger mat Y jugak sedap....

    ReplyDelete

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds