SUNGAI RUSA – Tidak mudah berputus asa dan bekerja keras membuatkan, Awang @ Mansor Mat Hassan, 62 mampu tersenyum bangga apabila melihat usahanya kini berbaloi.
Mansor merupakan penternak ayam piru terbesar di sekitar Balik Pulau.
Dia yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan itu telah melalui segala rintangan dan halangan untuk berjaya.
"Saya mula berjinak–jinak dalam dunia perniagaan setelah bersara daripada tentera dengan memulakan penternakan ayam daging berbekalkan modal RM196,000.
"Bagaimanapun, tidak lama lepas itu, perniagaan tergendala seketika apabila isteri kurang sihat membuatkan saya lebih menumpukan perhatian terhadap keluarga," katanya.
Sesudah itu, dia mula menjual nasi dan lauk-pauk menggunakan bekalan ayam daging yang ada ketika itu, iaitu kira-kira 500 ekor.
"Saya memang gunakan bekalan ayam yang ada kerana berhasrat untuk memulakan perniagaan ayam piru.
"Niat bagaimanapun terbantut bila harga anak ayam piru mencecah RM8 hingga RM9 seekor," katanya.
Menurutnya, dia mula berkira–kira kerana pada tahun 80-an, harga sebegitu dianggap mahal.
"Memang saya tidak mampu membeli banyak ayam piru dengan harga sebegitu. Bagaimanapun, tiba–tiba muncul idea untuk menghasilkan inkubator penetasan (hatchery incubator) sendiri.
"Saya mula merangka idea dan dengan bantuan anak, kami sama–sama berbincang dan membentuk idea untuk menghasilkannya.
"Saya sendiri yang menghasilkan inkubator tersebut. Di dalamnya terdapat mentol lampu yang menyala selama 24 jam, dan kipas kecil untuk peredaran udara," katanya.
Selain itu ujarnya, terdapat juga termometer yang akan memantau suhu inkubator agar sesuai dengan jenis telur.
Pelbagai jenis telur spesies unggas yang boleh digunakan seperti telur angsa, puyuh, merak dan ayam piru. Proses penetasan pula berbeza–beza mengikut jenis telur.
"Alhamdulillah, inkubator penetasan ini mula mendapat perhatian penduduk kampung apabila telur yang dieramkan berjaya menetas dengan bantuan inkubator tersebut.
"Setiap inkubator akan dicatat tarikh mula pengeraman dan tarikh dijangka akan menetas agar memudahkan pemantauan dibuat," katanya.
Sejak itu, Mansor mula menetaskan telur ayam kampung sebanyak 15 biji dan semakin meningkat dari hari ke hari.
Dia terus menambah bilangan inkubator kerana yang sedia ada tidak dapat menampung penetasan telur yang semakin meningkat.
SOURCE: Sinar Harian - Cipta alat eram telur ayam
-
i like egg :D
ReplyDeletewahh, Ayah nya tokei Dinet kan..? Steady laa pak long!
ReplyDeleteini ayah ijam nie....
ReplyDeleteaku pun lama tak balik sg.Rusa.....
brapa harga inkubator penetasan ini ??
ReplyDeleteSaya nk bli telur ayam kampung. Blh bg contact no? t kasih.
ReplyDeleteSaya nak beli telur ayam gred b dan c dgn kuantiti yang banyak tq
ReplyDeletetolong by no fone