-
Wednesday, July 14, 2010
Monday, July 12, 2010
FORUM "TELECENTRE" SEMPENA DENGAN MAJLIS PENUTUP KARNIVAL KEUSAHAWANAN SOSIAL (KKS) PID 2010
11 Julai 2010, Balik Pulau
Karnival Keusahawanan Sosial (KKS) PID 2010 di bawah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan diraikan oleh 42 buah PID di seluruh pendalaman Malaysia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti Bengkel e-Kedai, e-Karnival dan Ekspo Niaga yang dilangsungkan sepanjang 1 Jun sehingga 18 Julai 2010. Adalah menjadi matlamat Kementerian agar karnival ini akan lebih berkesan dalam memberi impak bagi merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat selari dengan model pembangunan lestari yang telah diterapkan dalam pelbagai program latihan di PID.
Karnival Keusahawanan Sosial dimeriahkan lagi dengan Majlis Forum “TELECENTRE DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI & SOSIAL” pada 11 Julai 2010 di Kompleks Sukan Balik Pulau. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B. Sr. Hj. Muhammad Farid Bin Hj. Saad, Penaung Pusat Internet Desa Balik Pulau dengan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong dengan dihadiri oleh ahli panel oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK); Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang); Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMUDA); Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang (GPeK) dan Yayasan Kemajuan Sosial Malasia (YKSM) dan Prof. Dr. Wan Rozaini Sheik Osman, Pengarah ITU-UUM ASP Coe untuk ICT Desa, Jabatan Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia.
Forum turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta-peserta dari Pusat-Pusat Internet Desa dan pengurus-pengurus telecentre peringkat Utara. Golongan sasaran penyertaan juga difokuskan kepada wakil-wakil agensi pendidikan, kerajaan, swasta dan badan-badan bukan berasaskan keuntungan.
Forum dimulakan dengan kupasan isu peranan Telecentre di mana ianya adalah selaku tempat awam di mana komuniti boleh mengakses internet, komputer dan lain-lain teknologi digital untuk membolehkan mereka mendapatkan maklumat, menghasilkan inovasi, mempelajari dan berkomunikasi di samping meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat mengikut peredaran dan kehendak semasa. “Di Pulau Pinang, terdapat lebih 140 buah telecenter wujud di mana ianya bernaung dengan pelbagai organisasi sama ada di bawah agensi kerajaan mahupun swasta” jelas En. Abdul Said Bin Hussain, Presiden Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang.
“Setiap peranan Telecentre adalah berbeza dan unik mengikut masa dan kawasan walaupun tujuan pengfokusan utama ialah menumpukan penggunaan teknologi maklumat dalam kemudahan komuniti, ekonomi, pendidikan dan pembangunan sosial dalam usaha merapatkan jurang digital. Telecentre berkembang pesat di seluruh negara mahupun peringkat antarabangsa memandangkan kepentingannya dalam salah satu aktiviti pembangunan negara.” ulasan Prof. Dr. Wan Rozaini Sheik Osman, Pengarah UUM-ITU,
“Selari dengan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10 yang menekankan isu penggunaan insfranstruktur ICT dan juga isu pembangunan ekonomi dan usahawan. Pusat Internet Desa mengwujudkan rangkaian keluarga Pusat Internet Desa seperti Kelab Usahawan Sosial (KUS) bagi memenuhi keperluan usahawan dari segi latihan, pembangunan dan pendedahan kepentingan teknologi maklumat bagi usahawan di luar Bandar.” Jelas Puan Faudziah Binti Mohd. Amin, Penolong Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan.
“ICT juga telah menjadi penghubung yang berkesan antara usahawan dengan pihak kerajaan, akademi, swasta dan masyarakat di mana penyampaian perkhidmatan dapat dipertingkatkan. ICT juga memudahkan penyampaian dan perkongsian ilmu kepada dan antara masyarakat selain dari membolehkan orang ramai bertransaksi secara atas talian tanpa had masa dan tempat. Industri ICT juga dilihat memainkan peranan penting kepada pembangunan ekonomi negara dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)” ulas Y.B. Sr. Hj. Muhammad Farid Bin Hj. Saad, Penaung Pusat Internet Desa Balik Pulau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong semasa ucapan perasmian beliau.
Berdasarkan statistik terbaru, penembusan jalur lebar isi rumah sehingga 9 Jun 2010 telah mencapai 37%, berbanding penembusan sebanyak 31.7% pada penghujung tahun 2009. Di samping itu penggunaan telefon selular di kalangan 100 isi rumah juga meningkat daripada 106.2% pada tahun 2009 kepada 108.1% pada suku pertama 2010. Selain itu, kadar pemilikan komputer bagi isi rumah juga telah mencapai 3.2 Juta pada awal tahun 2010. “Walaupun angka-angka tersebut kian meningkat, tidak dapat dinafikan bahawa masih wujud perbezaan dari segi pencapaian kepada kemudahan ICT yang agak ketara di negara ini di antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar” ulas En. Hussin Bin Ali, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, Kawasan Wilayah Utara.
Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memperkenalkan penggunaan ICT kepada masyarakat miskin dan luar bandar melalui kepelbagaian aktiviti dalam program telecentre di seluruh Malaysia dengan memberi penekanan kepada konsep e-komuniti. “Pelbagai program telah dilakukan berlandaskan ICT termasuk Telekerja bagi membantu masalah sosial komuniti yang sedia ada. Konsep telekerja ataupun lebih dikenali sebagai Bekerja dari Rumah merupakan salah satu inisiatif kerajaan memastikan golongan surirumahtangga dan ibu tunggal dapat mengimbangi tanggungjawab mereka sebagai ibu serta dapat juga mencari pendapatan sampingan dari rumah” kata Pn. Elia Mastura Binti Kamaruddin, Pengurus e-Perhubungan Awam, Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKSM).
“Dengan kewujudan Telecentre di harap membantu para usahawan di luar bandar untuk menggunakan teknologi maklumat terutamanya aplikasi Web 2.0 seperti seperti e-mail, facebook, blog niaga dan seumpamanya untuk memantapkan lagi alternatif strategi pemasaran. Kami juga bekerjasama dengan Pusat Internet Desa untuk bersama menjayakan usaha ini di samping menetengahkan usahawan tempatan ke peringkat antarabangsa melalui aktiviti Minggu Usahawan Global 2010 (Global Entrepreneurship Week 2010) yang akan dilansungkan pada 8-21 November 2010” jelas En. Nasir Sobri, Pengarah 1oasis.net juga merangkap Setiausaha bagi Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang.
Encik Muzafar selaku pengguna PID Balik Pulau dari tahun 2006 menjelaskan, “Banyak perkembangan telah berlaku sepanjang penglibatan saya dengan PID, di antaranya projek keusahawanan sosial INFOBIZ iaitu pengiklanan media cetak tempatan dan projek penjenamaan PID STOP sebagai pusat maklumat untuk mempromosikan Balik Pulau. Semua idea projek-projek ini adalah inspirasi dari diskusi melalui beberapa sesi perjumpaan sosial yang sering diadakan melalui organisasi-organisasi rangkaian keluarga PID seperti Kelab Usahawan Sosial (KUS) dan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMUDA).”
Direncanakan oleh Pusat Internet Desa Balik Pulau, host Karnival Keusahawanan Sosial (KKS) PID 2010 peringkat Utara.
Pegawai Media :
Siti Huraizah Binti Abdul Rahman
Pengurus Pusat Internet Desa Balik Pulau
Tel : 04 – (866) 2706 / 019 – (579) 6575
Friday, July 09, 2010
Konklusi Pesta @ Balik Pulau, Hujung Minggu Ini!
Balik Pulau berpesta lebih sebulan sejak 1 JUN lagi:-
Para mahasiswa juga khabarnya ramai yang dah mula atau akan memulakan sesi pengajian di IPTA atau IPTS masing-masing.
Tapi memandangkan sehujung minggu masih ada, dan Balik Pulau akan menyajikan pelbagai aktiviti kemasyarakatan - Apa kata bersama-sama kami untuk BACK-TO-BACK events TIGA HARI INI, 9-11 JULAI 2010:-
SEMUA ACARA MASUK PERCUMA...
1. JUMAAT, 9 JUL 2010:
Malam Kesenian & Kebudayaan di perkarangan Kompleks Sukan Balik Pulau, Jalan Sungai Nipah, Pekan Genting
http://www.facebook.com/event.php?eid=110215372361532
2. MALAM SABTU, 10 JUL 2010:
Semanis Rasa bersama Ustazah Dato' Nurbahyah Mahmud & Ustaz Wan Akashah
http://www.facebook.com/event.php?eid=137083799652365
3. PAGI AHAD, 11 JUL 2010:
Forum Telecentre Malaysia bersama YB Farid & SKMM - oleh Pusat Internet Desa Balik Pulau di Dewan Kompleks Pasar Awam MPPP, Pekan Kongsi.
http://www.facebook.com/event.php?eid=114521481928556
- Pesta Durian & Makanan Balik Pulau (1-30 JUN 2010)
- Karnival Keusahawanan Sosial PID Balik Pulau (1 JUN - 11 JUL 2010)
- Karnival Rakyat Harmoni di Kompleks Sukan Balik Pulau (2 - 11 JUL 2010)
Para mahasiswa juga khabarnya ramai yang dah mula atau akan memulakan sesi pengajian di IPTA atau IPTS masing-masing.
Tapi memandangkan sehujung minggu masih ada, dan Balik Pulau akan menyajikan pelbagai aktiviti kemasyarakatan - Apa kata bersama-sama kami untuk BACK-TO-BACK events TIGA HARI INI, 9-11 JULAI 2010:-
SEMUA ACARA MASUK PERCUMA...
1. JUMAAT, 9 JUL 2010:
Malam Kesenian & Kebudayaan di perkarangan Kompleks Sukan Balik Pulau, Jalan Sungai Nipah, Pekan Genting
http://www.facebook.com/ev
2. MALAM SABTU, 10 JUL 2010:
Semanis Rasa bersama Ustazah Dato' Nurbahyah Mahmud & Ustaz Wan Akashah
http://www.facebook.com/ev
3. PAGI AHAD, 11 JUL 2010:
Forum Telecentre Malaysia bersama YB Farid & SKMM - oleh Pusat Internet Desa Balik Pulau di Dewan Kompleks Pasar Awam MPPP, Pekan Kongsi.
http://www.facebook.com/ev
DAFTAR PERCUMA di http://kkspidbp2010.eventbrite.com :
HADIAH PINTU UNTUK 100 HADIRIN PERTAMA BERMULA JAM 8:30 PAGI (berkorban sikit walau mungkin masih letih layan Germany-Uruguay)
4. MALAM AHAD, 11 JUL 2010:
CABUTAN BERTUAH - Menangi sebuah KERETA, motosikal, basikal atau puluhan barangan elektrik di Majlis Penutup Karnival Rakyat Harmoni.
http://www.facebook.com/event.php?eid=130269437003208
JUMPA NANTI !!
Aktif bersama KUS...
b/p:
Kelab Usahawan Sosial PID Balik Pulau
http://kus.balikpulau.org
http://www.pid.net.my
http://balikpulau.net
HADIAH PINTU UNTUK 100 HADIRIN PERTAMA BERMULA JAM 8:30 PAGI (berkorban sikit walau mungkin masih letih layan Germany-Uruguay)
4. MALAM AHAD, 11 JUL 2010:
CABUTAN BERTUAH - Menangi sebuah KERETA, motosikal, basikal atau puluhan barangan elektrik di Majlis Penutup Karnival Rakyat Harmoni.
http://www.facebook.com/ev
JUMPA NANTI !!
Aktif bersama KUS...
b/p:
Kelab Usahawan Sosial PID Balik Pulau
http://kus.balikpulau.org
http://www.pid.net.my
http://balikpulau.net
Simpang:
durian,
ekonomi,
event,
social,
teknologi maklumat,
telecenter
Subscribe to:
Posts (Atom)
Current Weather
@BalikPulau in Tweetland
Related posts
BalikPulau.org / BP.pp.my
-
Meriah di Aidilfitri & Merdeka 1 Malaysia! - Sambutan 1 Syawal & pengamatan ulangtahun kemerdekaan negara ke-54 diadakan meriah di Balik Pulau semalam. Jamuan Aidilfitri 1 Malaysia yang dianjurkan sec...13 years ago
-
Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)
Buzzes on Balik Pulau
-
SAR operation for two missing fishermen in Kuala Sungai Pinang called off - The Star Online - SAR operation for two missing fishermen in Kuala Sungai Pinang called off The Star Online7 hours ago
-
Geminids meteor shower 2017 - Jordan Lye posted a photo: [image: Geminids meteor shower 2017]7 years ago
-
Facebook Syndication Error - This feed URL is no longer valid. Visit this page to find the new URL, if you have access: htt...8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Balik Pulau Organisations
-
Personal Branding By Abang Jay Champion - Abang Jay akan berkongsi TEKNIK PERSONAL BRANDING dalam sesi kali ini pada 30 Mac (Selasa) 8.30 - 9.30 mlm secara santai. Program ini adalah anjuran ber...3 years ago
-
-
Pertandingan Konvensyen COMBI Peringkat Kebangsaan 2016 - Alhamdulillah... pada tahun ini sekali lagi Pasukan Sukarelawan COMBI Kg Titi Teras telah berjaya memenangi Konvensyen COMBI Peringkat Negeri dan telah...8 years ago
-
MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA 2011 - Kepada kome yang duduk di seluruh Perak amnye dan di sekitor Ipoh khasnye. Moh le ke Minggu Saham Amanah Malaysia 2011. Deme buat di Kompleks Sukan Majl...13 years ago
-
Promosi Bersama Tabika Kemas Titi Teras - Tarikh : 10-08-2010 @ Selasa Program : Promosi Perkhidmatan Perpustakaan, Mendaftarkan semua pelajar sebagai ahli perpustakaan serta telah mengadakan akti...14 years ago
-
-
Pemberian Zakat di Madrasah Tamil Muslim Telok Bahang - Untuk kali ketiga Madrasah Tamil Muslim Telok Bahang memberikan Zakat kepada fakir miskin dam juga memberi derma kepada 20 orang bukan Muslim(untuk pe...15 years ago
-
JAMUAN PENGHARGAAN PPIK 09 - TARIKH : 7 OGOS 2009 TEMPAT : BANGGUNAN UMNO TITI TERAS JAM : 3.30 - 6.00 PTG JEMPUTAN : 30 ORANG Agak lama aktiviti PPIK terhenti kini kami dapat berjumpa ...15 years ago
-
-
-
-
SK SG PINANG - SK SUNGAI PINANG terletak di daerah Balik Pulau, dan berjarak 8 km dari Pekan Kongsi. Sekolah ini mempunyai kemudahan fasiliti yang lengkap dan dengan kem...17 years ago
-
Blogs by BP-ites
-
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru. - *1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019* GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman dan guaman termasuk seor...1 day ago
-
PROMOSI OKTOBER 2020 - * TAWARAN HEBAT BULAN OKTOBER 2020* Whatsapp sekarang... http://0194924345.wasap.my Whatsapp sekarang... http://0194924345.wasap.my Whatsapp sekara...4 years ago
-
BATAS-BATAS LUNAK DALAM BERDAKWAH - Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Tahukah kita bahawa Rasulullah pernah bersikap lunak terhadap bangsa Yahudi yang sangat memusuhi baginda serta dakwah baginda? Bu...5 years ago
-
-
Review Wacom KP701E2 Intuos4 Art Pen with Stand - Reasons of Why You Should Have Wacom KP701E2 Intuos4 Art Pen with StandHave you tried *Wacom KP701E2 Intuos4 Art Pen with Stand* from us? Once you have it,...9 years ago
-
Salam Muafakat! - InsyaAllah dalam masa terdekats saya akan kembali aktif menulis blog. Tunggu ...9 years ago
-
TEXT UCAPAN HARI GURU PERINGKAT BARATDAYA, 2013 - *Bertempat Di SMK Pondok Upeh : 11 June, 2013* Saya bersyukur kehadarat Allah SWT yang telah memberikan kita semua masa dan kesihatan serta kekuatan untuk...11 years ago
-
-
xTVTies in FiRST WeeK oF 2013 - *::aSSaLaMuaLaiKuM:: * ;) ;) ;) *Last post : 22 July 2012* *Today : 6 Jan 2013* Hmmm, dah tak ingat macam mana nak update blog nih.. Hehe.. So for a ki...11 years ago
-
Birthday Card 2012 - *A handmade birthday card is full of memories, All the words on the card are full of heart and wish, All the colors on the card are the signs of happiness ...12 years ago
-
(Gambar) Tyra Hazhan - Salam. Sudah lama benar hamba tidak coretkan nukilan di sini. Ampun dan maaf hamba pohon untuk sekalian manusia yang masih lagi sering melawat ke sini samb...12 years ago
-
PAS yang aku tahu sangat hebat! - Aku dah banyak kali mengikuti ceramah-ceramah PAS. Penceramah-penceramah PAS hebat-hebat belaka. Kebanyakan penceramah-penceramah PAS al-fadzil ustaz-uztaz...13 years ago
-
-
Ramadhan Kali Ini - Alhamdulillah.....bertemu kembali dengan bulan mulia yg penuh dgn rahmat dan keampunan.Ramadhan kali ini cuacanya agak panas di Malaysia dan agak mencabar ...13 years ago
-
add math 2011 - 57182885 Question Answers for Additional Mathematics Project Work 2 201113 years ago
-
-
Percubaan.. - Benda ni hanya percubaan kali pertama aku.. sejak kali pertama aku mengenali dunia internet, aku xpernah terpikir pun nak ber blog2 ni.. ntah kenapa, harini ...13 years ago
-
-
-
-
-
Baru Bertapak... - Salam... Hamba sudah lama mencari satu kepuasan menulis dalam diri selama 30 tahun berpijak di bumi Allah. Akhirnya dengan ilham dari rakan-rakanku... aku ...16 years ago
-
-
-
-
-
-
-