Tapi tak banyak yang diceritakan tentang Balik Pulau dalam media perdana kecuali yang mengaitkan isu politik Pulau Pinang yang mana Ahli Parlimen YB Zahrain mengesahkan keluar dari parti Keadilan dan Pakatan Rakyat, hinggakan nama Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi pun diseretkan dalam ura-ura reaksi rantaian - Bagaimanapun, Yusmadi kemudiannya mengeluarkan kenyataan menafikan ura-ura tersebut setelah agak lama dinanti-nantikan. (Star: "I’m not jumping ship, says Yusmadi" 20 JAN 2010)
Agaknya kerana gelombang haba yang melanda seluruh negara kini, membuatkan ramai termasuk penulis sendiri tak berapa ada 'mood' nak keluar jalan-jalan sangat, kecuali aktiviti-aktiviti rutin seperti menjengah ke pusat-pusat berbumbung seperti PID di Pejabat Pos, Pusat KUMUDA di Simpang Empat, Perpustakaan di Jalan Besar dan terbaru, Gimnasium Rakyat di Kompleks Sukan (walaupun dah lama tahu wujudnya pusat ni). Rasanya baru dua kali hujan sepanjang bulan ini, sekali di pertengahan bulan selama kurang daripada lima minit, dan beberapa hari lepas selama beberapa jam menyejukkan sedikit seharian berikutnya. Tengok sajalah gambar menarik di bawah yang diambil dari The Star menunjukkan betapa keringnya sawah padi di Jalan Sungai Nipah tu sampai boleh jadi padang bola...
Bagaimanapun, sebenarnya, banyak juga 'happening' di Balik Pulau bulan ini....
- Makan-makan besar, ramai-ramai - macam tak biasa! Orang Malaysia memang terkenal dengan makan-makan 24 jam. Mat Saleh, Orang Arab semua kenal dengan orang kita, tak berhenti-henti makan, kalau nak sembang saja, mesti kurang-kurang kena ada minum teh atau kopi, dah asyik nak makan luar saja. Baguslah, sekurang-kurangnya ekonomi terus terjana, warung-warung asyik penuh, pasar-pasar malam dan pasar tani setiap minggu terus gamat dengan pengunjung. Ditambah dengan perayaan Tahun Baru Cina pula, lebih banyaklah perkumpulan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan di rumah-rumah keluarga Cina dan restoran-restoran. (Sori En. Koh, tak dapat join makan besar di Restoran Peladang tempoh hari!). Keluarga Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUS-BP) misalnya pun agak kerap bertemu bulan ni, dan setiap kali jumpa, mesti makan... - mula dengan kenduri hari jadi di KFC, seminggu selepasnya diikuti dengan mesyuarat Kelab pun di KFC (sebab lokasi satu lagi tutup pula hari tu; iklan tak berbayar ni, lepas ni kena minta sponsor!), dan kemudiannya di Kassim Mustafa pula untuk sesi 'Kopi Usahawan.' Setiap kali ada acara di PID pun, ada makan-makan juga termasuklah semasa delegasi Kelab Belia Warisan Seri Kulim berkunjung dan semasa mesyuarat AJK PID - lima kali sebulan tu! :D
- Kompleks Mahkamah baru yang dah siap Disember lepas khabarnya akan dibuka di hujung Februari atau awal Mac ini. Kelmarin pun tampak ada banyak kereta dah mula diparkirkan di ruang letak keretanya. Bagus untuk orang ramai kiranya, dengan bertambahnya peluang pekerjaan untuk orang setempat dan luar, dan mungkin juga peluang perniagaan untuk orang sekitarnya.
- Pasar Tani Jumaat di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya yang tak jadi yang mula diumumkan seawal Disember lalu (atau lebih awal perancangan sebenarnya!)... Asalnya nak dibuka di awal Februari, tapi pihak FAMA memaklumkan yang permit tak dapat diterima lagi setakat ini dari pihak MPPP. Ura-uranya ada kaitan dengan pasar malam seliaan JKKK yang baru juga diusahakan pada Kompleks Pasar Awam Baru pada hari dan waktu yang sama. Atau mungkin juga hal politik yang tak habis-habis berikutan kebangkitan suara-suara tentangan beberapa NGO Melayu terhadap Kerajaan Negeri. Meluat! Yang ruginya, peniaga-peniaga yang nak cari makan, dan penduduk yang nak seronok dengan lebih aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan. Lagipun, asyik sunyi saja kawasan masjid tu kecuali ketika solat Jumaat dan ekspo-ekspo mini setakat dua kali setahun saja.
- CELCOM Wilayah Utara dan Mutiara Smart terus giat dengan program 'pilot'nya di MRSM Balik Pulau lanjutan dari pelancaran '1 Netbook 1 Student' awal Januari lalu. Program terbaru ialah "Saintis Muda" yang bakal melibatkan 20 orang pelajar dalam kumpulan pertamanya seawal April nanti. Selain latihan teknikal, pelajar terbabit akan juga didedahkan dengan budaya keusahawanan. (BERNAMA: MRSM Balik Pulau Pioneer Of Young Scientist Programme, 17 FEB 2010)
- Laman Facebook "Balik Pulau" di http://facebook.com/BalikPulau telah dibuka kepada ramai pada 14 FEB 2010 yang lalu, yakni Hari Tahun Baru Cina, atau buat sesetengah orang, kononnya, Hari Cinta juga... Dah sebut cinta-cinta ni, takkan setakat 43 peminat saja kot? Jomlah meramaikannya, bagi Balik Pulau fames! Yang syoknya bagaimanapun ialah Grup BalikPulau.org di Facebook dah melebihi 450 ahli sekarang ni... (ramai tu, dah kira lebih seorang setiap 100, tapi mungkin kita boleh capai 1,000 ahli di hujung tahun ini??) Cintailah Balik Pulau... :D