Thursday, June 10, 2010

'Venice' in Kuala Lumpur is the past. Now, it's in Pulau Pinang...

ONCE every few months, hundreds of people living along a major waterway called Sungai Pinang that cuts through a northeastern tract of Penang island are made to experience their own version of Venice. But it is not the idyllic holiday scenario one would wish for.

Almost every time there is heavy rainfall, the residents have been forced to reckon with water levels that rise – sometimes as high as 1.5m or 1.8m above ground level – within a couple of hours. Rushing to remove their valuables and belongings, whole families are made to wade in waist-deep or shoulder-deep waters around their homes.

The situation has been so severe and hopeless that many have kept boats outside their houses. The worst affected area is a stretch called Jalan P. Ramlee, or Caunter Hall, where the house in which the legendary singer Tan Sri P. Ramleee lived in his youth still stands.

Topographically, the large stretches of low-lying areas along the river’s banks are just prone to becoming flooded every time the river spills over. But what makes the situation particularly frustrating is that the crisis has been repeating every year without any respite.

This is despite the authorities having looked into the matter for decades. In fact, an initiative to have a full-scale flood mitigation project along the river has been on hold the last 20 years. This in one of the most developed cities in the country.

The seemingly perennial and age-old tragedy is emblematic of the great side-effects of rampant development, as has happened in Penang for the last 50 years, without serious attempt to address mitigation measures that are required. While most of Penang has been allowed to develop with projects costing millions of ringgit, the consequent impact on areas that feel the brunt of rampant hill-cutting, reclamation and forest-clearing have for some reason not been given their due attention.

The issue has now come to a point where the residents are bursting to the seams with impatience. And every time government officials and politicians show up at the areas, the people there can only react with scepticism and scorn.

They can hardly be blamed for harbouring such derision towards the authorities. Every time water enters their houses and compounds, there is significant damage, and the repetitive ritual of cleaning up the mess is cumbersome to say the least. The area has already recorded a few deaths, notably of children, during floods over the past decades.

Very recently, before floods that hit the area last weekend, the people had seen heavy rains in September 2008 and July last year that caused sea water to rise and the Sungai Pinang to overflow and rush into their houses.

But the problem in Penang is far-reaching. With intense development and encroachment into sensitive areas, floods are affecting many other places as well.

Just last month a large residential area near a new development project around Kampung Nelayan in Balik Pualu was also hit by flooding.

The federal authorities have approved allocations for waterways and sensitive flood-prone areas like Sungai Junjung, Valdor and Bukit Tambun. But work is still needed for other major rivers like Sungai Rambai, Sungai Juru and channels in Balik Pulau.

The problem is that although an allocation of RM150 million has been approved under the 9th Malaysia Plan for flood mitigation along Sungai Pinang, for some reason the project has not taken off. This project is expected to take about 18 months to complete. It has, however, been dogged with setbacks, especially in relocating the 205-odd families who live along the banks of the river.

In fact, it was all supposed to start in the early 90s only to be left stagnant after its first phase was completed. But the most important part is the implementation of the second phase which is the mitigation proper. The authorities did make headway in April this year after the Drainage and Irrigation Department began disbursing relocation payments for those affected, and have said the mitigation works should start by year-end.

But it remains to be seen now, if after half a century of neglect and inadequate development planning, people like those along Sungai Pinang – living on the fringes of one of the most developed cities in the region – can be spared the undesirable "Venice" they have been forced to suffer for ages.

From The Sun (Wed, 9 JUN 2010) - by Himanshu Bhatt:

The ‘Venice’ Penang can do without

Himanshu is theSun’s
Penang bureau chief.


Monday, June 07, 2010

Durian Balik Pulau


PERJALANAN selama 45 minit melalui jalan raya berbukit dari pusat bandar George Town, Pulau Pinang ke Balik Pulau dari Paya Terubong memberi pengalaman luar biasa kepada mereka yang pertama kali menjejak kaki ke negeri itu.

Pemandangan hijau menjamu mata sebaik kereta yang dipandu memasuki Jalan Tun Sardon yang bengkang-bengkok. Benar, ia anugerah yang cukup mempesonakan apabila melihat satu demi satu kawasan dusun buah-buahan terutamanya dusun duriannya.

Lebih menarik, setiap kali tiba musim durian iaitu pada awal bulan Jun hingga Julai setiap tahun, daerah itu menjadi tumpuan masyarakat setempat termasuklah pelancong asing.

Kehadiran mereka bukan semata-mata untuk menikmati raja buah yang harganya ada yang mencecah sehingga RM40 sebiji, bahkan mereka mahu menimba pengalaman meredah dusun buah-buahan.

Kepada kaki durian, makan di dusun pasti menyeronokkan. Pernahkah anda memasang impian untuk bermalam di dusun menunggu buah durian gugur sambil menikmati panorama malam dan mendengar nyanyian unggas hutan?

Reka bentuk rumah Melayu

Terletak berhampiran sungai Titi Kerawang, Vila Durian milik Chang Teik Seng, 48, merupakan antara destinasi percutian menarik khususnya buat para pencinta buah durian jika benar-benar ingin merasai nikmat sebenar raja buah itu di persekitaran yang sebenar.

Mengetengahkan konsep kampung, vila yang didirikan sejak dua bulan lalu itu mempunyai ciri-ciri kemelayuan. Ia sesuai dengan idea asal pemiliknya yang merupakan seorang pekebun durian dan biasa dengan budaya hidup masyarakat Melayu.

PENGUNJUNG boleh menikmati durian segar dengan mengutip buah yang baru gugur.

Idea untuk membina dua buah vila itu adalah ilham isteri dan empat cahaya matanya. Dusun durian itu dikenali dengan nama Bao Sheng Durian Farm.

"Memandangkan saya dibesarkan di kawasan dusun, saya telah lama mengimpikan untuk membina sebuah penginapan di tanah milik mendiang bapa untuk dikongsi dengan penggemar durian.

"Reka bentuk rumah Melayu menjadi pilihan kerana ia dekat dengan jiwa saya yang dibesarkan di kawasan kampung Melayu."

"Idea ini bertepatan dengan konsep penginapan dalam dusun durian," katanya yang menghabiskan sekitar RM70,000 untuk kos pembinaan termasuk pengubahsuaian vila.

Dua buah Vila Durian yang dibina seluas 90 meter persegi itu cukup selesa kerana ia dilengkapi dengan sebuah katil, sebuah televisyen skrin rata dan bilik mandi. Teik Seing turut membina sebuah kolam mandi di tengah-tengah vila tersebut yang airnya disalurkan dari air bukit berdekatan.

Melihat Vila Durian yang dihias cantik umpama resort mewah, bayarannya cuma RM180 semalam sahaja lengkap dengan sarapan pagi untuk dua orang.

Kata anak jati Balik Pulau itu, bagi set hidangan makan tengah hari pula bayaran yang dikenakan cuma RM88 seorang.

Makanan yang disediakan pula adalah berdasarkan menu masakan Cina seperti masakan ayam kampung, sayur-sayuran dan ikan segar.

Kepada penggemar durian pula, mereka boleh makan sepuas hati di dusun ini mengikut bajet masing-masing.

Dusun tersebut menawarkan tiga kategori harga yang berbeza iaitu RM25 untuk sarapan pagi, RM35 untuk makan tengah hari dan RM45 untuk makan malam.

"Ketiga-tiga harga ini tiada beza cuma masanya sahaja. Bayar dan pelanggan boleh makan sepuas-puasnya. Tapi lebih menarik jika pilih harga sekitar senja untuk melihat pemandangan matahari terbenam sambil menikmati keenakan buah durian yang rata-rata pokoknya berusia 30 tahun ke atas.

"Kalau betul-betul ingin rasa buah durian segar, pengunjung boleh mengutip sendiri buah durian yang baru gugur," ujarnya.

Jelasnya, 200 batang pokok durian miliknya yang terdiri daripada pelbagai gred itu itu mengeluarkan hasil pada awal bulan Jun. Antaranya ialah durian jenis udang merah, labu air dan isi merah.

SABANA datang ke Malaysia semata-mata ingin menikmati raja buah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dusun itu juga mempunyai buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis, langsat dan pisang.

Selain bermalam dan makan durian, pengunjung berpeluang menjelajah di seluruh kawasan dusun seluas 2.6 hektar itu.

"Saya percaya, kedatangan mereka ke sini pasti memberi 1,001 pengalaman manis kerana saya akan berkongsi tip mengenali buah durian daripada cara-cara mengopek sehingga mengenalpasti kualiti buah itu.

"Ia merupakan antara khidmat yang ditawarkan di vila ini selain mempelajari kehidupan seorang pekebun," ujar Teik Seng yang rumahnya terletak di atas bukit beberapa meter dari Vila Durian itu.

Percutian kali keempat

Bagi mengawasi dusunnya dari diceroboh pencuri durian, Teik Seing memberitahu, empat ekor anjing miliknya dilepaskan pada waktu malam bagi menjaga seluruh kawasan kebun dan penghuni vila berkenaan.

Sementera itu, pengunjung dari Belanda, Sabana, 34, ketika ditemui berkata, kedatangannya setiap tahun ke Pulau Pinang adalah untuk menikmati buah-buahan tempatan dengan sepuas-puasnya.

Memandangkan buah durian tidak ada di negaranya, dia mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu di negara ini semata-mata menyambut kedatangan musim durian.

Merupakan percutian keempatnya ke Malaysia, ia adalah pengalaman pertama Sabana menetap di vila itu. Itupun setelah dia puas bertanya pemandu kereta sewa mengenai penginapan yang menawarkan pakej buah durian.

"Bagi saya, peluang bercuti ke sini adalah satu keputusan yang membanggakan kerana anda bukan sahaja diberi keselesaan tempat tidur tetapi menikmati buah durian sampai kenyang," katanya buah durian mempunyai rasa yang enak selain mempunyai bau yang unik.

TEIK SENG (berdiri) sentiasa memberi layanan mesra kepada pelanggan yang menikmati buah-buahan di dusunnya.

Sabana boleh menghabiskan lebih tiga biji buah durian dalam satu masa. Selain melancong katanya, pemilihan destinasi seumpama itu bertujuan untuk mempelajari cara hidup masyarakat kampung di situ terutama berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

"Saya berminat untuk mengenali cara hidup masyarakat di sini. Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap rakyatnya yang peramah dan kaya budi bahasa.

"Itulah faktor yang menarik saya untuk datang ke sini pada setiap tahun," jelasnya.


SUMBER: Kosmo Online - Menginap di dusun durian (7 Jun 2010)

Thursday, June 03, 2010

Pesta Durian & Makanan @ Anjung Indah (1-30 JUN 2010)

Musim durian dah mai balik ke Balik Pulau!


Pesta Durian di Anjung Indah sedang berlangsung hingga 30 JUN 2010!

Selain daripada jualan di tepi-tepi jalan sekitar Balik Pulau dan bandar-bandar berdekatan, sebuah pesta durian juga sedang dianjurkan bermula 1hb hingga 30hb Jun 2010, di pusat pemandangan Anjung Indah yang terletak di puncak Bukit Relau di Jalan Tun Sardon.

Pusat pemandangan panorama Balik Pulau ini terletak lebih kurang empat kilometer dari pekan Kongsi di Balik Pulau, atau dari pekan Relau di Bayan Lepas. Perjalanan dari Jambatan Pulau Pinang (keluar ke arah Bayan Baru) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas mengambil masa dalam 30 minit sahaja, dan dari Terminal Feri Weld Quay, lebih kurang 45 minit.

Bas Rapid Penang bernombor #502 ada juga melalui lokasi ini sama ada dari Pekan Genting/Balik Pulau atau KOMTAR/Terminal Feri Weld Quay (melalui Air Itam) setiap 30 minit bermula seawal jam 6 pagi hingga 8:20 malam (dari Balik Pulau) atau 9:45 malam (dari KOMTAR), dengan caj tambang hanya sekitar RM2 (atau RM1 utk harga konsesi warga emas, OKU atau pelajar sekolah berpakaian seragam). Perjalanan bas mengambil masa lebih kurang 15-20 minit dari pekan Balik Pulau atau sekitar 60 minit dari KOMTAR/Terminal Feri.

Sebaik saja anda melalui jalan menaiki bukit di Jalan Tun Sardon (P14), anda akan nampak beberapa sepanduk promosi Pesta Durian ini membuatkan anda tak sabar-sabar lagi untuk tiba di puncaknya...



Tunggu apa lagi, jom pi belasah puas-puas...


Thursday, May 20, 2010

Hab pendidikan cemerlang (Islam) di Balik Pulau?

Potensi Balik Pulau sebagai hab pendidikan memang dah lama menyerlah. Malah lebih 20 tahun lalu, penulis sendiri bersekolah di salah satu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terawal yang dibuka pada tahun 1984, yakni yang terletak di Jalan Pondok Upeh. Ketika itu, sebahagian besar kawasan Pondok Upeh masih belum dibangunkan dengan perumahan moden or pembinaan komersil, tak seperti sekarang yang menempatkan beberapa taman perumahan yang besar dengan rumah-rumah berharga jualan lebih RM300,000 sebuah.

Tak jauh dari Pondok Upeh pula, dalam lingkungan 2 kilometer di Jalan (Besar) Balik Pulau, kini dibuka beberapa bangunan perkhidmatan kerajaan baru yang gah seperti Masjid Daerah Barat Daya al-Mokhtar, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Perpustakaan Cawangan Balik Pulau, Kompleks Mahkamah Balik Pulau dan Mahkamah Syariah (akan siap tak lama lagi).

Secara congak, terdapat lebih 20 buah sekolah atau institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di dalam lingkungan 5-km dari pusat bandar Balik Pulau, Kongsi. Beberapa sekolah dan institusi pendidikan baru juga telahpun dibuka di Balik Pulau atau sedang giat dalam pembinaan seperti berikut:-
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh di Jalan Balik Pulau


  2. Sekolah Menengah Teknik (SMT) Balik Pulau di Jalan Balik Pulau

  3. (Kompleks Pendidikan) Maahad Al-Mashoor Al-Islami di Jalan Sungai Nipah, Simpang Empat, Balik Pulau - Ini adalah cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Mashoor yang sementara ini menumpang di bangunan wakaf Masjid Riduaniah, Sungai Batu, Bayan Lepas. (Bakal siap pada September 2010 seperti dijadualkan atau lewat lagi seperti pembinaan-pembinaan awam lain di Jalan Balik Pulau?)

  4. Prince of Wales International School di Botanica.CT, Jalan Sungai Air Putih, Sungai Rusa, Balik Pulau - dikhabarkan bernilai RM95 juta dan akan dibuka untuk pendaftaran pada September 2010 dan sesi persekolahan seawal September 2011.

  5. Politeknik Balik Pulau

  6. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Jalan Pondok Upeh, Simpang Empat

  7. Island College of Technology di Jalan Sungai Rusa, Balik Pulau

Terbaru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang mengambil alih tanah seluas 200 ekar berharga sekitar RM100 juta untuk dibangunkan sebagai hab pendidikan cemerlang, dengan pelawaan kepada institusi-institusi pendidikan Islam antarabangsa untuk turut terlibat.

Kalau nak tau besar mana 200 ekar tu atau bersamaan 0.8 kilometer persegi, yakni 0.08% keluasan negeri Pulau Pinang (termasuk Seberang Perai), lebih kecil sedikit daripada 260 ekar yang dibeli oleh Kerajaan Negeri dari Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd pada tahun 1972 dengan harga sekitar RM3 juta untuk pembangunan di kawasan Bayan Baru (Harga pasaran tanah di Pulau Pinang dah naik antara 100-1,000 kali dalam tempoh 40 tahun). Berbanding dengan pembangunan terdekat di Balik Pulau, alokasi 200 ekar ini bersamaan dua pertiga (2/3) daripada 300 ekar di Botanica .CT, Sungai Air Putih (yang lebih besar daripada pembangunan di pekan Kongsi sekarang!).

Gambar satelit lokasi Botanica.CT seluas 300 ekar, berdekatan dengan Island College of Technology yang sedang pesat dibangunkan oleh MTT Properties & Development Sdn Bhd yang akan menempatkan hampir 2,000 buah unit perumahan (70% kawasan pembangunan, bernilai antara RM270-ribu hingga RM800-ribu setiap satu untuk unit 'landed' dan RM100-ribu ke bawah untuk unit kos rendah & sederhana rendah), unit-unit kedai & pejabat, sebuah pusat pendidikan, sebuah pusat perubatan, kawasan kebun dan 'clubhouse' untuk penduduk.

Liputan media dari BERNAMA ada disertakan:-

19 Mei, 2010 17:08 PM

P Pinang Rancang Bangunkan Hub Pendidikan Cemerlang Di Balik Pulau

BUKIT MERTAJAM, 19 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang berusaha menyediakan satu kawasan seluas 200 ekar di Balik Pulau dekat sini, khusus untuk membangunkan sebuah Hub Pendidikan Cemerlang bagi mengundang ketibaan institusi pengajian tinggi unggul antarabangsa untuk beroperasi di kawasan itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata proses pengambilalihan tanah bernilai RM100 juta untuk pembangunan hub itu sedang dilaksanakan dan ia dijangka selesai dalam tempoh terdekat.


"Kami sedang berbincang dengan pelabur bagi membangunkan kawasan berkenaan yang dijangka mula beroperasi dalam tempoh setahun dua lagi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang di Permatang Nibong di sini Rabu.


Turut hadir di majlis itu ialah Anggota Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman.


Lim berkata kerajaan negeri juga sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa buah pusat institusi pengajian tinggi terunggul antarabangsa untuk membina kampus mereka di kawasan hub berkenaan.


"Saya berharap institusi Islam teragung dunia seperti Universiti Al-Azhar juga boleh bertapak di kawasan berkenaan dan ia akan menjadikan Pulau Pinang lebih bertaraf antarabangsa," katanya.


Terdahulu pada majlis itu Lim menyerahkan peruntukan RM1.75 juta bagi tahun ini kepada 21 buah Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz yang beroperasi di Pulau Pinang.


Katanya beliau berharap dengan pengagihan peruntukan itu, ia akan memberi perangsang kepada semua pelajar dan guru yang terlibat untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kejayaan.


"Peruntukan itu mungkin tidak dapat menampung keseluruhan perbelanjaan yang diperlukan bagi menaik taraf sekolah agama rakyat dan saya harap kerajaan pusat dapat menyalurkan bantuan tambahan," katanya.




-- BERNAMA


May 19, 2010 17:39 PM

Penang To Transform Balik Pulau Into An Education Hub

BUKIT MERTAJAM, May 19 (Bernama) -- The Penang state government has identified a 200-acre site in Balik Pulau, to be turned into a hub for excellence in education, by inviting higher learning institutions to set up their campus.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the project for the hub was in the process of land acquisition which is expected to cost about RM100 million.


"We are discussing the prospect with investors and work is expected to start in a year or two," he told reporters after handing out contributions to religious schools in the state at Permatang Nibong here Wednesday.


Lim said the state government had discussed the setting up of higher learning institutions at the hub with two renown international higher learning institutions.


"I hope world renown Islamic universities like Al-Azhar University can set up their campus here," said Lim who handed out grants totalling RM1.75 million to 21 religious schools and Maahad Tahfiz in the state.


"The grants may not be enough to overcome their total expenditure and I hope the Federal government will also support through some form of contribution to ease their burden," he said.


-- BERNAMA

Tuesday, March 16, 2010

Adat Majlis Berendoi


14 Mar 2010 Kempulan Marhaban & Berendoi dari Qaryah Masjid Teluk Kumbar telah dijemput untuk mengadakan masjis berendoi di rumah En Tahir di Kg Masjid, Teluk Kumbar.Majlis ini jarang-jarang diadakan pada masa sekarang ini. Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk permainan yang berfungsi sebagai upacara keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

Mengikut sumber, berendoi berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an. Tokoh berendoi negeri Perlis ialah Ku Zainal Ku Abdullah yang sudah terlibat dalam kesenian ini selama 15 tahun. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari. Berendoi dimulai dengan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi kemudian lagu-lagu lain. Ahli sesuatu kumpulan berendoi sekurang-kurangnya empat orang. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Catatan asal :

http://pemudakgsuluk.blogspot.com/2010/03/majlis-berendoi.html

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds