Showing posts with label fruit. Show all posts
Showing posts with label fruit. Show all posts

Thursday, June 03, 2010

Pesta Durian & Makanan @ Anjung Indah (1-30 JUN 2010)

Musim durian dah mai balik ke Balik Pulau!


Pesta Durian di Anjung Indah sedang berlangsung hingga 30 JUN 2010!

Selain daripada jualan di tepi-tepi jalan sekitar Balik Pulau dan bandar-bandar berdekatan, sebuah pesta durian juga sedang dianjurkan bermula 1hb hingga 30hb Jun 2010, di pusat pemandangan Anjung Indah yang terletak di puncak Bukit Relau di Jalan Tun Sardon.

Pusat pemandangan panorama Balik Pulau ini terletak lebih kurang empat kilometer dari pekan Kongsi di Balik Pulau, atau dari pekan Relau di Bayan Lepas. Perjalanan dari Jambatan Pulau Pinang (keluar ke arah Bayan Baru) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas mengambil masa dalam 30 minit sahaja, dan dari Terminal Feri Weld Quay, lebih kurang 45 minit.

Bas Rapid Penang bernombor #502 ada juga melalui lokasi ini sama ada dari Pekan Genting/Balik Pulau atau KOMTAR/Terminal Feri Weld Quay (melalui Air Itam) setiap 30 minit bermula seawal jam 6 pagi hingga 8:20 malam (dari Balik Pulau) atau 9:45 malam (dari KOMTAR), dengan caj tambang hanya sekitar RM2 (atau RM1 utk harga konsesi warga emas, OKU atau pelajar sekolah berpakaian seragam). Perjalanan bas mengambil masa lebih kurang 15-20 minit dari pekan Balik Pulau atau sekitar 60 minit dari KOMTAR/Terminal Feri.

Sebaik saja anda melalui jalan menaiki bukit di Jalan Tun Sardon (P14), anda akan nampak beberapa sepanduk promosi Pesta Durian ini membuatkan anda tak sabar-sabar lagi untuk tiba di puncaknya...



Tunggu apa lagi, jom pi belasah puas-puas...


Wednesday, June 24, 2009

Karnival Makan Durian Sambil Berkelah @ Teluk Kumbar (28jun09)

Untuk yang belum puas makan durian, bolehlah berkunjung ke Pantai Teluk Bayu berdekatan Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar untuk makan (dan minum!) sepuas-puasnya sambil berehat-rehat di pagi Ahad ini, 28 JUN 2009, sambil bergembira bersama-sama dengan hadirin Pesta Durian untuk pelbagai acara ria sekeluarga dan cabutan bertuah...

Bermula hanya RM10 kata iklan kat bawah ni!! Atau bawak seluruh keluarga, cuma RM30 (tak pula dinyatakan kalau ada had saiz keluarga)...

Jika berminat bolehlah menghubungi:
  • En Zul : 0124810074;
  • En Rahman : 0194174277 atau;
  • En Zailan : 0194777045


Untuk yang tak tahu Sungai Batu tu kat mana, boleh rujuk peta di bawah. Lokasinya ditandakan dengan anak panah hijau di bahagian tengah selatan Pulau Pinang. Untuk yang canggih, boleh guna GPS untuk lokasi LL ini: 5.28089, 100.240395 - kurang daripada 10 km dari pekan Genting, Balik Pulau atau Stesen Bas Sungai Nibong - boleh naik bas Rapid Penang 401U dari kedua-dua arah untuk yang tak berkenderaan.


Dah musim macam ni, apa kata lepas ni buat di Pantai Pasir Panjang pula, dekat Kampung Pulau Betong, Balik Pulau? Dan Pantai Teluk Bahang pulak lepas tu ker? Sekali-sekali ada baiknya orang Penang jalan-jalan sikit jauh dari kepesatan kota di Tanjung, Gelugor dan Bayan Baru tu... Apa kata wakil-wakil rakyat kita?

Untuk yang dok jauh-jauh tu, silakan mai Cuti-Cuti Penang!

tambahan pada 25jun09: oyer, untuk yang tak lemah jantung sahaja sebab dekat situ dikhabarkan dalam akhbar Kosmo terdapat kejadian hadirnya kelibat hantu Pocong...

Saturday, July 21, 2007

Organic way of staying healthy

FARMER Lui Teik Hock, 42, is so passionate about eradicating pesticides and chemical fertilizers from his diet that he started his own organic farm.

The 1.8ha Comfort Organic Farm at Jalan Hen Lean Fong, Sungai Pinang, Balik Pulau, produces nearly 30 varieties of organic fruits and vegetables for shops on the island and mainland like Bukit Mertajam, Kulim and Sungai Petani.

Prices are fixed to help offset overheads.


Read the whole article at The Star Online (North)

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds