Jamuan ini adalah menghargai jasa mereka yang banyak membantu PID Balik Pulau dalam mencapai usaha-usaha merapatkan jurang digital. Di samping itu juga, keluaraga PID ini juga banyak membantu usaha transformasi PID yang telah diusulkan pada tahun 2008 di mana meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat melalui pendekatan ICT. Jasa sukarelawan PID ini amat disanjungi dan amat kami hargai.
Karnival Keusahawanan Sosial (KKS) PID 2010 di bawah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan diraikan oleh 42 buah PID di seluruh pendalaman Malaysia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti Bengkel e-Kedai, e-Karnival dan Ekspo Niaga yang dilangsungkan sepanjang 1 Jun sehingga 18 Julai 2010. Adalah menjadi matlamat Kementerian agar karnival ini akan lebih berkesan dalam memberi impak bagi merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat selari dengan model pembangunan lestari yang telah diterapkan dalam pelbagai program latihan di PID.
Karnival Keusahawanan Sosial dimeriahkan lagi dengan Majlis Forum “TELECENTRE DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI & SOSIAL” pada 11 Julai 2010 di Kompleks Sukan Balik Pulau. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B. Sr. Hj. Muhammad Farid Bin Hj. Saad, Penaung Pusat Internet Desa Balik Pulau dengan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong dengan dihadiri oleh ahli panel oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK); Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang); Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMUDA); Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang (GPeK) dan Yayasan Kemajuan Sosial Malasia (YKSM) dan Prof. Dr. Wan Rozaini Sheik Osman, Pengarah ITU-UUM ASP Coe untuk ICT Desa, Jabatan Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia.
Forum turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta-peserta dari Pusat-Pusat Internet Desa dan pengurus-pengurus telecentre peringkat Utara. Golongan sasaran penyertaan juga difokuskan kepada wakil-wakil agensi pendidikan, kerajaan, swasta dan badan-badan bukan berasaskan keuntungan.
Forum dimulakan dengan kupasan isu peranan Telecentre di mana ianya adalah selaku tempat awam di mana komuniti boleh mengakses internet, komputer dan lain-lain teknologi digital untuk membolehkan mereka mendapatkan maklumat, menghasilkan inovasi, mempelajari dan berkomunikasi di samping meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat mengikut peredaran dan kehendak semasa. “Di Pulau Pinang, terdapat lebih 140 buah telecenter wujud di mana ianya bernaung dengan pelbagai organisasi sama ada di bawah agensi kerajaan mahupun swasta” jelas En. Abdul Said Bin Hussain, Presiden Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang.
“Setiap peranan Telecentre adalah berbeza dan unik mengikut masa dan kawasan walaupun tujuan pengfokusan utama ialah menumpukan penggunaan teknologi maklumat dalam kemudahan komuniti, ekonomi, pendidikan dan pembangunan sosial dalam usaha merapatkan jurang digital. Telecentre berkembang pesat di seluruh negara mahupun peringkat antarabangsa memandangkan kepentingannya dalam salah satu aktiviti pembangunan negara.” ulasan Prof. Dr. Wan Rozaini Sheik Osman, Pengarah UUM-ITU,
“Selari dengan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10 yang menekankan isu penggunaan insfranstruktur ICT dan juga isu pembangunan ekonomi dan usahawan. Pusat Internet Desa mengwujudkan rangkaian keluarga Pusat Internet Desa seperti Kelab Usahawan Sosial (KUS) bagi memenuhi keperluan usahawan dari segi latihan, pembangunan dan pendedahan kepentingan teknologi maklumat bagi usahawan di luar Bandar.” Jelas Puan Faudziah Binti Mohd. Amin, Penolong Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan.
“ICT juga telah menjadi penghubung yang berkesan antara usahawan dengan pihak kerajaan, akademi, swasta dan masyarakat di mana penyampaian perkhidmatan dapat dipertingkatkan. ICT juga memudahkan penyampaian dan perkongsian ilmu kepada dan antara masyarakat selain dari membolehkan orang ramai bertransaksi secara atas talian tanpa had masa dan tempat. Industri ICT juga dilihat memainkan peranan penting kepada pembangunan ekonomi negara dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)” ulas Y.B. Sr. Hj. Muhammad Farid Bin Hj. Saad, Penaung Pusat Internet Desa Balik Pulau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong semasa ucapan perasmian beliau.
Berdasarkan statistik terbaru, penembusan jalur lebar isi rumah sehingga 9 Jun 2010 telah mencapai 37%, berbanding penembusan sebanyak 31.7% pada penghujung tahun 2009. Di samping itu penggunaan telefon selular di kalangan 100 isi rumah juga meningkat daripada 106.2% pada tahun 2009 kepada 108.1% pada suku pertama 2010. Selain itu, kadar pemilikan komputer bagi isi rumah juga telah mencapai 3.2 Juta pada awal tahun 2010. “Walaupun angka-angka tersebut kian meningkat, tidak dapat dinafikan bahawa masih wujud perbezaan dari segi pencapaian kepada kemudahan ICT yang agak ketara di negara ini di antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar” ulas En. Hussin Bin Ali, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, Kawasan Wilayah Utara.
Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memperkenalkan penggunaan ICT kepada masyarakat miskin dan luar bandar melalui kepelbagaian aktiviti dalam program telecentre di seluruh Malaysia dengan memberi penekanan kepada konsep e-komuniti. “Pelbagai program telah dilakukan berlandaskan ICT termasuk Telekerja bagi membantu masalah sosial komuniti yang sedia ada. Konsep telekerja ataupun lebih dikenali sebagai Bekerja dari Rumah merupakan salah satu inisiatif kerajaan memastikan golongan surirumahtangga dan ibu tunggal dapat mengimbangi tanggungjawab mereka sebagai ibu serta dapat juga mencari pendapatan sampingan dari rumah” kata Pn. Elia Mastura Binti Kamaruddin, Pengurus e-Perhubungan Awam, Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKSM).
“Dengan kewujudan Telecentre di harap membantu para usahawan di luar bandar untuk menggunakan teknologi maklumat terutamanya aplikasi Web 2.0 seperti seperti e-mail, facebook, blog niaga dan seumpamanya untuk memantapkan lagi alternatif strategi pemasaran. Kami juga bekerjasama dengan Pusat Internet Desa untuk bersama menjayakan usaha ini di samping menetengahkan usahawan tempatan ke peringkat antarabangsa melalui aktiviti Minggu Usahawan Global 2010 (Global Entrepreneurship Week 2010) yang akan dilansungkan pada 8-21 November 2010” jelas En. Nasir Sobri, Pengarah 1oasis.net juga merangkap Setiausaha bagi Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang.
Encik Muzafar selaku pengguna PID Balik Pulau dari tahun 2006 menjelaskan, “Banyak perkembangan telah berlaku sepanjang penglibatan saya dengan PID, di antaranya projek keusahawanan sosial INFOBIZ iaitu pengiklanan media cetak tempatan dan projek penjenamaan PID STOP sebagai pusat maklumat untuk mempromosikan Balik Pulau. Semua idea projek-projek ini adalah inspirasi dari diskusi melalui beberapa sesi perjumpaan sosial yang sering diadakan melalui organisasi-organisasi rangkaian keluarga PID seperti Kelab Usahawan Sosial (KUS) dan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMUDA).”
Direncanakan oleh Pusat Internet Desa Balik Pulau, host Karnival Keusahawanan Sosial (KKS) PID 2010 peringkat Utara.
Dan tak lupa juga bersama-semua jutaan warga Malaysia bersorak bersama-sama warga dunia untuk pesta Piala Dunia yang juga bakal berakhir Ahad ini dengan perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol, manakala Germany dan Uruguay akan merebut tempat ketiga pagi besok.
Para mahasiswa juga khabarnya ramai yang dah mula atau akan memulakan sesi pengajian di IPTA atau IPTS masing-masing. Tapi memandangkan sehujung minggu masih ada, dan Balik Pulau akan menyajikan pelbagai aktiviti kemasyarakatan - Apa kata bersama-sama kami untuk BACK-TO-BACK events TIGA HARI INI, 9-11 JULAI 2010:-
Menyambut penghujung Pesta Durian & Makanan di Anjung Indah dan secara amnya di sekitar Balik Pulau, akan bermula pula sebuah Ekspo Jualan di perkarangan Kompleks Sukan Balik Pulau sepanjang Jumaat, 2hb hingga Ahad, 11hb JULAI 2010. Pelbagai aktiviti keilmuan dan hiburan masyarakat akan diadakan serta peluang cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah menarik berupa kenderaan dan barangan elektrik.
Untuk menggalakkan usahawan tempatan untuk turut serta mengambil peluang terhadap aktiviti-aktiviti perniagaan dan promosi produk masing-masing, Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) yang diasaskan di Balik Pulau tahun lepas, mengajak para usahawan untuk turut sama bertapak di ekspo tersebut, bersama-sama dengan para usahawan KUMUDA.
En. Nasir Sobri, pemangku pengerusi KUMUDA berkata, "Kita menggalakkan para usahawan dari hampir 300 ahli KUMUDA hari ini, mahupun bakal-bakal ahli untuk turut serta dalam aktiviti ekspo berskala terbesar ini sebagai titik permulaan untuk pemasaran bersepadu warga usahawan setempat, bukan sahaja terhad kepada 10-hari perjalanan ekspo tapi berterusan secara online dan offline".
Dengan kerjasama dengan Pusat Internet Desa (PID) Balik Pulau, sebuah agensi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, KUMUDA berharap dapat menarik ratusan usahawan sedia ada serta melatih usahawan-usahawan baru untuk mengambil peluang platform Internet untuk memasarkan produk dagangan atau keluaran masing-masing ke rangkaian lebih 50,000 pengguna di seluruh negara mahupun ke luar negara.
Puan Siti Huraizah Abdul Rahman, pengurus PID Balik Pulau memaklumkan, "PID akan menggunakan platform Ekspo 10-hari nanti sebagai penutup Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 yang bermula sejak 1 JUN lalu, yang mana majis penyampaian sijil dan forum PID Koridor Utara melibatkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), juga akan diadakan, selain sebagai salah satu aktiviti utama Kelab Usahawan Sosial PID."
Selain sebuah "Lobi Usahawan" yang sedang diusahakan di Ruang Niaga Seri Genting, Pekan Simpang Empat, KUMUDA akan mengumumkan pakej pemasaran bersepadu yang menyertakan khidmat pemasaran e-dagang tak lama lagi.
Ekspo oleh penganjur yang sama, walaupun berskala separuh saiz daripada yang dirancangkan untuk 2-11 JULAI nanti telah diadakan sebanyak dua kali tahun lepas (3-minggu di bulan Mei & sebulan di bulan November, di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya al-Mokhtar) termasuk menyaksikan ribuan pengunjung pada malam cabutan bertuah pada 2hb Disember yang lalu dengan hadiah sebuah motosikal dimenangi oleh pengunjung remaja dari Kedah.
Lebih 50 buah khemah niaga dijangkakan akan beroperasi untuk menyambut lebih 10,000 pengunjung sepanjang tempoh sepuluh hari ekspo ini.
Ekspo sebegini menghangatkan suasana pengumpulan peniaga di Balik Pulau, menambah kepada sebuah Pasar Pagi (Pondok Upeh) juga dijangka dibuka esok, Ahad, 27 JUN 2010 di Lintang Pondok Upeh berdekatan kawasan perumahan Taman Seri Indah di Jalan Balik Pulau dan sebuah Pasar Tani kendalian FAMA di setiap malam selasa di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
Maklumat lanjut tentang Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad boleh didapati dari http://kumuda.org dan tentang Pusat Internet Desa di http://www.pid.net.my
Pusat Internet Desa Balik Pulau boleh juga dihubungi di talian 04-866-2706 setiap Isnin hingga Jumaat, 9:15 pagi hingga 5:30 petang.
Meriah di Aidilfitri & Merdeka 1 Malaysia!
-
Sambutan 1 Syawal & pengamatan ulangtahun kemerdekaan negara ke-54 diadakan
meriah di Balik Pulau semalam. Jamuan Aidilfitri 1 Malaysia yang dianjurkan
sec...
Personal Branding By Abang Jay Champion
-
Abang Jay akan berkongsi TEKNIK PERSONAL BRANDING dalam sesi kali ini pada
30 Mac (Selasa) 8.30 - 9.30 mlm secara santai.
Program ini adalah anjuran ber...
MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA 2011
-
Kepada kome yang duduk di seluruh Perak amnye dan di sekitor Ipoh khasnye.
Moh le ke Minggu Saham Amanah Malaysia 2011. Deme buat di Kompleks Sukan
Majl...
Promosi Bersama Tabika Kemas Titi Teras
-
Tarikh : 10-08-2010 @ Selasa
Program : Promosi Perkhidmatan Perpustakaan, Mendaftarkan semua pelajar
sebagai ahli perpustakaan serta telah mengadakan akti...
JAMUAN PENGHARGAAN PPIK 09
-
TARIKH : 7 OGOS 2009
TEMPAT : BANGGUNAN UMNO TITI TERAS
JAM : 3.30 - 6.00 PTG
JEMPUTAN : 30 ORANG
Agak lama aktiviti PPIK terhenti kini kami dapat berjumpa ...
SK SG PINANG
-
SK SUNGAI PINANG terletak di daerah Balik Pulau, dan berjarak 8 km dari
Pekan Kongsi. Sekolah ini mempunyai kemudahan fasiliti yang lengkap dan
dengan kem...
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...
BATAS-BATAS LUNAK DALAM BERDAKWAH
-
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Tahukah kita bahawa Rasulullah pernah bersikap lunak terhadap bangsa
Yahudi yang sangat memusuhi baginda serta dakwah baginda? Bu...
-
Aku pemabuk yang datang ke dalam ruang
Menari-nari seolah riang
Tapi semalam aku tidur berdiri
Menunggu pesan datang kembali
Kamu serupa kata tak bergerak
S...
Review Wacom KP701E2 Intuos4 Art Pen with Stand
-
Reasons of Why You Should Have Wacom KP701E2 Intuos4 Art Pen with StandHave
you tried *Wacom KP701E2 Intuos4 Art Pen with Stand* from us? Once you have
it,...
TEXT UCAPAN HARI GURU PERINGKAT BARATDAYA, 2013
-
*Bertempat Di SMK Pondok Upeh : 11 June, 2013*
Saya bersyukur kehadarat Allah SWT yang telah memberikan kita semua masa
dan kesihatan serta kekuatan untuk...
-
Es un gusto y una satisfacción poder ver el trabajo que se hizo en equipo.
Cómo seres humanos es necesaria la convivencia y el desarrollo social; pero
como...
xTVTies in FiRST WeeK oF 2013
-
*::aSSaLaMuaLaiKuM:: *
;) ;) ;)
*Last post : 22 July 2012*
*Today : 6 Jan 2013*
Hmmm, dah tak ingat macam mana nak update blog nih.. Hehe.. So for a ki...
Birthday Card 2012
-
*A handmade birthday card is full of memories, All the words on the card
are full of heart and wish, All the colors on the card are the signs of
happiness ...
(Gambar) Tyra Hazhan
-
Salam.
Sudah lama benar hamba tidak coretkan nukilan di sini. Ampun dan maaf hamba
pohon untuk sekalian manusia yang masih lagi sering melawat ke sini samb...
PAS yang aku tahu sangat hebat!
-
Aku dah banyak kali mengikuti ceramah-ceramah PAS. Penceramah-penceramah
PAS hebat-hebat belaka. Kebanyakan penceramah-penceramah PAS al-fadzil
ustaz-uztaz...
Ramadhan Kali Ini
-
Alhamdulillah.....bertemu kembali dengan bulan mulia yg penuh dgn rahmat
dan keampunan.Ramadhan kali ini cuacanya agak panas di Malaysia dan agak
mencabar ...
Percubaan..
-
Benda ni hanya percubaan kali pertama aku..
sejak kali pertama aku mengenali dunia internet,
aku xpernah terpikir pun nak ber blog2 ni..
ntah kenapa, harini ...
-
Gerhana bulan
[image: Gerhana Bulan]
Gerhana Bulan
*Gerhana bulan* terjadi saat sebagian atau keseluruhan penampang bulan
tertutup oleh bayangan bumi. It...
Baru Bertapak...
-
Salam...
Hamba sudah lama mencari satu kepuasan menulis dalam diri selama 30 tahun
berpijak di bumi Allah. Akhirnya dengan ilham dari rakan-rakanku... aku
...