Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Sunday, April 03, 2011

Acara Masyarakat Membuka Tirai April 2011

Kunjungan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak membuka tirai April 2011 di Balik Pulau, yang mana Kampung Permatang Pasir telah diberi peluang untuk menghoskan sambutan ketibaan beliau, dengan Jamuan Rakyat yang cukup besar - dianggarkan lebih 15,000 orang telah hadir bermula tengahari Sabtu, 2 APR, hingga ke jam 3 petang.


Turut terlibat dalam acara sambutan ialah konvoi bermotor bermula dari jalan masuk ke Balik Pulau, di Jalan Tun Sardon.



Bagi ramai penduduk Balik Pulau, tua dan muda, ini adalah peluang untuk mendengar terus dari Perdana Menteri, dan mana yang sempat, malah bersemuka dan bersalaman dengan beliau, barangkali pertama kali sejak Dato' Seri Najib mula menjawat pos tertinggi kerajaan tersebut seawal tahun 2008.


Andai tersoal mengapa Balik Pulau, pastinya kerana inilah satu-satunya kubu parti Barisan Nasional (BN) yang ada di Pulau Pinang, dengan ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan parlimen Balik Pulau yang terpilih dalam pilihanraya 2008 adalah dari UMNO, parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional - selain beberapa kawasan-kawasan lain di Seberang Perai dalam negeri yang sama.


Bagi kebanyakan penduduk kampung setempat, dan juga warga dari empat lagi kampung-kampung sekitar Balik Pulau yang turut serta, ini adalah peluang untuk bergotong-royong seawal petang Jumaat lagi, khususnya dalam menyediakan makanan melibatkan sepuluh ekor lembu dan seribu ekor ayam.

Malam sebelumnya, yakni pada hari Jumaat, 1 APRIL, juga diadakan Forum Perdana Islam di Komplek Sukan Balik Pulau. Majlis tersebut dianjurkan oleh Majlis Pemuakatan Islam (PIBG) Barat Daya, Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Barat Daya, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Islam Malaysia yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Hj Hilmi Yahaya, merangkap ADUN kawasan Teluk Bahang, Balik Pulau.


Hadirin juga dihiburkan dengan enam buah lagu yang didendangkan oleh kumpulan nasyid popular, Raihan.




KREDIT: Gambar-gambar dari album-album Facebook seperti yang dihubungkan.

Saturday, January 29, 2011

Perasmian UiTM Kampus Balik Pulau


Tahukah anda bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah universiti awam terbesar di Malaysia (dengan lebih 40,000 pelajar di kampus utamanya di Shah Alam sahaja atau hampir 120,000 pelajar semuanya di rangkaiannya di seluruh negara) ? Dan sejarah awalnya ialah bermula dari sebuah "Dewan Latehan (RIDA)" hampir setahun sebelum kemerdekaan negara lagi dan kemudiannya sebuah "Maktab MARA" (1965-67) sebelum menjadi "Institut Teknologi MARA" pada penghujung tahun 60-an, dan terkini sebuah entiti berstatus universiti sejak 26 OGOS 1999.

Saya sendiri hanya mengetahui tentang predesesor UiTM setakat ITM yakni seawal dekad 80-an apabila kakak saya mendaftarkan diri untuk program Ijazah "Art & Design" (Senireka & Senilukis) - antara program ijazah pertama ketika itu semasa ITM lebih tertumpu kepada kursus-kursus diploma. Pertamanya beliau ditempatkan di Arau (cawangan ketiga tertua UiTM yang ditubuhkan asalnya di Kangar pada tahun 1974, dan kemudiannya berpindah ke Arau pada 1980), dan seterusnya bersambung ke kampus utama di Shah Alam, yang mana saya sempat juga melawat ketika itu.

Kini, UiTM "mempunyai sebanyak 15 buah kampus cawangan, 9 kampus kota, 3 kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu, serta sebuah kampus pintar yang bakal didirikan. Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 15, 000 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 300 buah program akademik..." - UiTM

Tentang UiTM dari WikiPedia:

Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada MaktabOktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM). MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).

Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM".

UiTM juga adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai cawangan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, yang mana kampus negerinya yang pertama ialah di Sabah pada tahun 1973 sebelum Perlis pada tahun berikutnya.

Kampus UiTM di Balik Pulau yang akan dirasmikan esok, 30 JANUARI 2011 di lokasi sementaranya di Kompleks Balik Pulau, Pekan Kongsi, akan menjadi sebahagian daripada Kampus Cawangan Pulau Pinang (ditubuhkan di Permatang Pauh, Seberang Perai pada 1996). Kampus tersebut telahpun mula beroperasi seawal JULAI 2010 menempatkan para pelajar pra-diploma yang diberi penginapan di kampus Permatang Pauh UiTM Pulau Pinang - beberapa bas UiTM dapat dilihat setiap hari pengajian membawa pelajar-pelajar tersebut ke Balik Pulau.

Orang ramai dijemput ke Majlis Perasmian Kampus Balik Pulau UiTM Cawangan Pulau Pinang yang akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada jam 9 pagi. Makan tengahari akan disediakan untuk semua ahli masyarakat yang hadir.

Bermulalah era baru Balik Pulau sebagai hab pendidikan tinggi....

Monday, January 10, 2011

Surat habaq Balik Pulau dah mai dah...




Gempaq saja... bukan suratkhabar, tapi makalah informasi "myBalikPulau" setebal 12 mukasurat membawa kisar tentang Balik Pulau yang baru segar dalam distribusi sekitar Pulau Pinang mahupun ke luar.

myBalikPulau ini adalah terbitan sulung badan NGO Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (ARTS-ED) yang berpusat di George Town, Pulau Pinang, mengumpulkan hasil-hasil karya puluhan sukarelawan muda berusia antara 10 hingga 20 tahun.

Makalah ini bertujuan untuk menyingkap rahsia-rahsia pekan-pekan kecil dan perkampungan sekitar Balik Pulau melalui sejarah-sejarah dari penulisan dan orang-orang lama berkaitan budaya, seni bina dan ekonomi penduduknya dari sewal abad ke-17. Isu sulung kali ini bagaimanapun menumpukan hanya Pekan Kongsi termasuk fokus senibina rumah kedai, sekolah-sekolah dan rumah-rumah ibadat berdekatan 'roundabout'.

Makalah yang diterbitkan dalam dua edisi berlainan bahasa yakni Melayu dan Inggeris ini boleh didapati daripada beberapa pusat sumber sekitar Balik Pulau dan luar termasuk di Perpustakaan Cawangan Balik Pulau dan Pusat Internet Desa Balik Pulau.


Gambar: Pengurus PID Balik Pulau, Siti Huraizah, dengan sekeping naskah myBalikPulau.

Thursday, July 30, 2009

SUKAN TAHUNAN TABIKA KEMAS, DUN PULAU BETONG

16HB Julai 2009, Padang Sekolah Kebangsaan Pulau Betong. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar cilik dari Tabika Kemas Dun Pulau Betong Terlibat dengan acara Sukan Tahunan Tabika Kemas. Acara sukan dirasmikan oleh Y.B. Sr. Haji Muhammad Farid Bin Haji Saad, Adun Kawasan Pulau Betong.

Acara bermula dari 8.30 pagi dengan Lintas Pembarisan Hormat dari pelajar cilik diiringi dengan guru serta pembantu. Sungguh comel kanak-kanak yang dihiasi dengan riben, aksesori serta ada yang berkaca mata hitam. Lagu Negaraku bergema diiringi dengan Lagu Pulau Pinang dan Kemas dibantu oleh koir cilik dari Tabika Kemas Titi Teras.

Antara acara yang dijalankan ialah Larian Berganti-ganti, Larian Obor, Pundi Kacang, Kumpul Bola Dalam Bakul, Skipping, Telur Labah-labah. Turut menghiburkan di mana acara untuk guru, waris dan pegawai turut memeriahkan keaadaan. Tambah meriah dengan cabutan bertuah yang disediakan.

Galeri Gambar :

@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds