Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Monday, January 12, 2009

Sebuah Bas Kilang Melanggar 6 buah motosikal, 3 maut di Jalan Tengah Relau

Berlaku pada 6.00 petang semasa kesesakan lalu lintas di Jalan Tengah, Relau, Pulau Pinang. Kemalangan dikatakan berlaku di mana sebuah bas kilang ASE hilang kawalan kerana memandu laju akibat mengejar lampu trafik sebelum bertukar kepada merah. Akibat kerakusan pemandu bas dan pada masa yang sama segerombolan motosikal dari arah yang berlainan yang juga tidak sabar menunggu lampu hijau turut memecut. Akibatnya 6 buah motosikal menerima akibat bila bertembung dengan bas kilang tersebut. 3 daripada mereka maut dan yang paling mengerikan ada seorang penunggang motosikal tersangkut dan terheret di bawah bas.

Permasalahan yang berlaku di sini ialah sikap para pemandu yang masing-masing tidak sabar dan rakus dan yang paling malang tentulah pemandu motosikal khususnya yang amat terdedah dengan bahaya.

Adakah kerajaan perlu memasang strategi yang lain seperti dengan menggantikan lampu sedia ada dengan lampu trafik mengikut kiraan nombor untuk memastikan langkah keselamatan pada masa akan datang. Bersama kita beringat-ingat dan saling mengingati pemandu kita untuk lebih bersikap berhati-hati semasa memandu.






















@BalikPulau in Tweetland

Related posts

BalikPulau.org / BP.pp.my

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (Social Entrepreneurs Club)

Buzzes on Balik Pulau

Balik Pulau Organisations

Blogs by BP-ites

Balik Pulau Feeds