
Umat Islam di seluruh dunia hari ini, 10 Zulhijjah 1428H bersamaan dengan 20 December 2007 merayakan sambutan Aidil Adha, baik yang di Mekah menunaikan ibadah haji mahupun di mana-mana saja yang menghayati ibadah korban dan solat sunat hari raya di masjid-masjid serta terus mengeratkan tali persaudaraan sesama mukmin dengan berjabat-tangan, bertukar-tukar ramah dan berkunjung-kunjungan sesama saudara, rakan dan jiran, baik yang jauh mahupun dekat...

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!
Takbir akan terus bergema di masjid-masjid seluruh dunia serta dalam pelbagai majlis-majlis komuniti selama tiga hari ini sehinggan 13 ZULHIJJAH 1428H (23dec07) memuji kebesaran Tuhan Yang Maha Esa dan petunjuk yang disampaikanNya melalui perutusan-perutusanNya, Rasul-rasul Ibrahim AS, Ismail AS, Musa AS dll. dan akhirnya Nabi kita Muhammad SAW.
Eid mubarak greetings from the editor of BalikPulau.org!

Maaf Zahir & Batin...
(sesama kita bermaaf-maafan dan mensyukuri Nikmat Tuhan Yang Maha Pemurah)
No comments:
Post a Comment